Penyanyi, Nuha Bahrin mendedahkan bahawa dia kini sedang dalam proses mengenali hati budi seorang jejaka yang juga merupakan model.
‘Sekarang berkawan, kenal-kenal dulu’
Ketika ditemui OhBulan!, Nuha atau nama lengkapnya Nuha Sakina Saiful Bahrin enggan mengulas lebih lanjut mengenai kisah tersebut tersebut kerana hubungan mereka masih berada di peringkat awal.
Sekarang berkawan, kenal-kenal sahaja dulu. Hubungan itu belum serius selagi belum kahwin. Jadi kami berkawan je.
Menurut pelantun lagu Lahali itu lagi, perkenalannya dengan jejaka yang dikenali sebagai ‘Y’ adalah ketika mereka bersama-sama terlibat dalam penggambaran video muzik lagunya yang dilancarkan sekitar Disember tahun lalu.
Kami sebenarnya baru sahaja kenal iaitu semasa pembikinin muzik video lagu tersebut.
Nuha berkata demikian ketika ditemui pada acara House Party XO House yang diadakan di Mutiara Damansara, pada Jumaat.
‘Ramai juga peminat yang seronok’
Dalam perkembangan lain, Nuha berkongsi bahawa dia kini sedang mempelajari Bahasa Arab selain selain bersyukur kerana mendapat sokongan daripada peminat.
Saya seronok belajar dan menyanyi lagu Arab. Ramai juga peminat yang seronok dan sokong.
Dengan menyanyikan lagu bahasa Arab, proses pembelajaran saya lebih mudah dan saya tahu maksud di sebalik lirik yang saya ulang.
Dalam pada itu, Nuha juga memaklumkan dia bakal melancarkan lagu terbaharunya tidak lama lagi.
InsyaAllah saya akan keluarkan lagu baru sama ada sebelum ramadhan atau selepas raya.