Seorang wanita dilaporkan maut selepas terjatuh dari tebing Taman Negeri Minnewaska New York dengan ketinggian kira-kira 21 meter.
Nur Aisyah meninggal dunia
Sebelum kejadian, mangsa yang dikenali sebagai Nur Aisyah MD Akbar, 39, bersama suaminya, Abdul Rauf Mohd Said, 41 dalam perjalanan mendaki di wilayah Lembah Hudson pada 21 Disember lalu. Mangsa yang berasal dari Singapura itu kemudian berhenti seketika untuk merakam gambar bersama suaminya namun malang tidak berbau, mangsa tergelincir lalu terjatuh dari tebing.
Si suami bertindak menghubungi talian kecemasan sebelum mangsa dibawa ke hospital. Namun mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah.
Lebih meruntun hati apabila si suami sempat berkongsi momen ketika pasukan keselamatan dan perubatan membantu isterinya.
Sekadar info, Taman Negeri Minnewaska terkenal dengan pemandangan Pergunungan Catskill dan ia adalah tempat biasa untuk mendaki, berbasikal gunung dan berenang di tasik.
Sumber: Daily Mail