berita

‘Nur Fatima Aisya’ – Fattah, Fazura Dedah Nama Puteri Sulung

October 9th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Sebelum ini, Fattah Amin dan Fazura bertindak merahsiakan nama dan wajah puteri sulung mereka dan hanya akan mendedahkan selepas puterinya berusia tujuh hari.

Artikel Berkaitan: Fazura Selamat Timang Cahaya Mata Perempuan, Mohon Masa Rahsia Nama & Wajah Anak

Terkini, pasangan sama cantik sama padan sudah mendedahkan nama puteri sulung mereka menerusi satu video di Instagram.

Nur Fatima Aisya

https://www.instagram.com/p/CGHSQ88AQX3/?utm_source=ig_web_copy_link

Menerusi video tersebut, pasangan ini mendedahkan nama puteri sulung mereka iaitu Nur Fatima Aisya Binti Abdul Fattah. Jelas pasangan ini, puterinya masih terlalu muda untuk sosial media dan pada masa yang sama mengucapkan ribuan terima kasih atas doa yang diberikan. Hari ini genap tujuh hari, Nur Fatima Aisya dilahirkan.

Video tersebut telah mendapat 13,393 tontonan dan dibanjiri dengan komen daripada peminat.

Cantiknya nama!

Sumber: Fattzuralovelife

SKIP THIS AD ×