Kanak-kanak Orang Asli yang ditemukan mati di kawasan berpaya perkampungan Orang Asli Kampung Bersah, Pos Kuala Mu, Sungai Siput disyaki dirogol sebelum dibunuh.
Artikel Berkaitan: Mayat Kanak-Kanak Hilang Ditemui Di Kawasan Paya
Nuraina dipercayai dirogol, dibunuh
Menurut Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintenden Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin, hasil bedah siasat mendapati terdapat kesan koyakan pada kemaluan Nuraina Humaira Rosli, 10.
Keputusan turut menunjukkan terdapat kecederaan pada leher mangsa akibat tekanan.
Susulan daripada itu, kes telah diklasifikasikan semula sebagai bunuh dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, mayat Nuraina Humaira Rosli yang dilaporkan hilang sejak Jumaat, ditemui meninggal dunia di kawasan berpaya di perkampungan Orang Asli Kampung Bersah, Pos Kuala Mu di Sungai Siput, pada Sabtu.
Sumber: Sinar Harian