
Perkongsian pelakon baharu dan usahawan, Nurin Afiqah, mencuri perhatian ramai apabila dia secara terbuka mendedahkan jumlah perbelanjaan yang perlu disediakan bagi menghadiri satu majlis yang diterimanya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nurin Afiqah Dedah Mula Aktif Selepas Tujuh Hari Bersalin, Netizen Mohon Sayang Badan – ‘Apa Yang Dia Nak Buktikan?’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nurin Afiqah Raih Pujian, Kemas Sepah Sisa Makanan Anak – ‘Salute Mak Yang Macam Ini’
Jumlah perbelanjaan
Menerusi perkongsian di Threads, Nurin berkongsi pengalamannya mengeluarkan perbelanjaan sebanyak RM1,000 untuk menghadiri satu majlis yang tidak menawarkan sebarang bayaran.
Menurut Nurin, perbelanjaan tersebut merangkumi pelbagai keperluan termasuk pakaian, jurugambar, juruvideo serta khidmat penata gaya.
Dulu saya aktif hadiri majlis. Tapi sebenarnya mahal.
Saya ingat lagi berbelanja dalam RM1,000 untuk satu majlis saja.
Solekan, stylist, videographer dan jurugambar.
Lagi satu, ini bukan majlis yang dibayar.
Dalam pada itu, Nurin mengakui dirinya kini lebih selektif untuk menghadiri majlis jemputan selepas kelahiran cahaya mata mata kerana merasakan perbelanjaan sekitar RM1,000 bukanlah jumlah yang kecil.
Lepas dah ada anak, keutamaan saya berubah. RM1,000 banyak. Saya tidak lagi pergi ke majlis-majlis jemputan.
Saya kena betul-betul pilih sebab ianya memerlukan banyak masa, tenaga dan duit.
Sumber: Threads @nurinafiqaaah