berita

Nurse Mengandung 30 Minggu Meninggal Dunia Akibat Covid-19, Bayi Berjaya Diselamatkan

February 2nd, 2021 | by Najmi Suhaimi
Kini Trending

Menerusi status Facebook yang dimuat naik oleh Fakulti Perubatan UiTM, memaklumkan seorang jururawat yang berkhidmat di Jabatan Perubatan Pemulihan Pusat, Pakar Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sungai Buloh, telah meninggal dunia awal pagi tadi.

Difahamkan, arwah yang dikenali sebagai Artini Dzolkarnaini, meninggal dunia disebabkan komplikasi Covid-19.

Salam takziah

Foto: Harian Metro

Lapor Harian Metro, arwah meninggal dunia di Hospital UiTM pada jam 5.30 pagi tadi. Namun, apa yang lebih menyedihkan apabila arwah dijangkiti Covid-19 ketika sedang sarat mengandung 30 minggu anaknya yang keempat.

Seluruh warga Fakulti Perubatan UiTM ingin merakamkan ucapan salam takziah. Kami mendoakan semoga roh beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Ada juga yang mendakwa, bayi arwah Artini berjaya diselamatkan secara pembedahan caeser dan kini ditempatkan di unit rawatan intensif neonatal (NICU) hospital berkenaan.

Terdahulu, Artini merupakan seorang jururawat yang terlibat dalam program pemulihan jantung. Pemergiannya meninggalkan kesan yang mendalam buat ahli keluarganya dan beliau merupakan ibu kepada lima anak termasuk bayi yang baru sahaja dilahirkan.

Malahan, rakan sekerja kepada arwah menggambarkan beliau seorang yang rajin bekerja dan disenangi rakan sekerja yang lain.

Sumber: Harian Metro & Fakulti Perubatan UiTM

SKIP THIS AD ×