Tindakan penyanyi Shila Amzah yang mendedahkan masalah keluarganya kepada umum telah mengundang rasa kecewa ibunya, Fauziah Sarman.
Artikel Berkaitan: ‘Kau Ingat Aku Takut Ke Kau Nak Sepak Muka Aku Lagi?’ – Shila Amzah ‘Meletup’ Adik Lelaki Reka Cerita Isu Jual Rumah
Artikel Berkaitan: ‘Dia Fake! Kau Dengan Balaci Kau Tengking Mak’ – Adik Shila Amzah Buka Pekung, Dakwa Sengaja Jual Rumah
‘Tanggunglah dosa’
Menerusi perkongsian di Instagram, Fauziah dalam nada memerli mengucapkan terima kasih kepada Shila kerana membuka ruang untuk netizen mengecam dirinya.
Namun apa yang mengejutkan adalah, Fauziah berkata dia tidak dapat memaafkan tindakanya penyanyi berusia 33 tahun itu yang sengaja membuka pekung keluarganya.
Terima kasih Nurshahila kerana beri ruang untuk orang hina dan keji mak sendiri dalam video live. Allah tahu apa kebenarannya. Buat masa ni mak belum dapat maafkan dan mak tak redha dengan apa yang Shila buat. Stop menipu!
Dalam masa sama, Fauziah berkata Shila perlu menanggung dosanya sendiri di atas perbuatannya itu.
Ya Allah. Ampunkanlah segala dosa-dosaku, hanya Engkau yang Maha tahu. Ku serahkan segalanya kepada-Mu kerana sesungguhnya aku milik-Mu. Nurshahila, kau tanggunglah dosa.
Terdahulu, Shila menerusi sesi siaran langsung di Instagram selama satu jam dikatakan sudah ‘over limit’ sehingga dia terpaksa mendedahkan masalah yang berlaku dalam keluarganya kepada umum.
Antara pendedahan yang dibuat adalah mengenai isu menjual rumah pusaka, sisi buruk dua orang adiknya iaitu Syafiq dan Syada, sikap bapaknya yang suka mengongkong dan banyak lagi.
Bagaimanapun, hasil pemerhatian OhBulan!, Fauziah telah bertindak memadam hantaran terbabit selang beberapa minit selepas dimuat naik.
Sumber: Instagram