berita

Nurul Kongsi Pengalaman Bersalin Secara Caesarean

January 16th, 2015 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2015-01-16 at 10.57.19 AM

Tanggal 15 Januari 2015, Nurul telah pun selamat melahirkan cahaya mata keduanya menerusi pembedahan.

Bagaimanapun, bayinya yang dinamakan sebagai baby R masih dalam pengawasan doktor dan hanya ahli keluarga terdekat dibenarkan melawat.

Tapi, anda semua mestu tertanya-tanya apakah punca kandungan Nurul perlu dibedah kan? Ha.. menerusi laman blog Nurul, wanita itu ada menceritakan saat-saat getir semasa mahu menjalani pembedahan. Jom baca sikit!

Terpaksa Dibedah Kerana Placenta Previa

Screen Shot 2015-01-16 at 10.56.24 AM

Aku tak pilih tarikhnya.. dan tidak aku jangkakan.. Bukan saja aku.. Malah suami, ibu bapa mertua dan semua yang rapat di sekeliling aku, yang mana kami akan menyambut kelahiran Baby R seawal ini!

Pada usia kandungan 34 minggu, Baby R dilahirkan. Placenta previa yang aku alami sepanjang dua minggu lalu, tak dapat menunggu sehingga awal Februari. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan.

Menyedari hakikat keadaan aku yang sentiasa mengalami pendarahan, dan bisa membawa kepada risiko lainnya, doktor memilih untuk tidak menunggu lagi.

15/1/15, Baby R Selamat Dilahirkan

Screen Shot 2015-01-16 at 10.59.20 AM

Selepas 4 hari di hospital buat kali kedua di dalam dua minggu, akhirnya hari ini 15 Januari, jam 4:43pm Baby R dilahirkan melalui pembedahan. Tarikh dan hari, Doktor Aziz yang pilih. Hanya kebetulan. Tak sangka pula nombornya secantik tu! Terima kasih Doktor!

Aku memang tak fokus ke lain bila doktor menyatakan bahawa aku perlu menjalani pembedahan. Tak fikir tarikh dan apa-apa langsung. Dalam kepala ni bermacam macam persoalan berlegar. Nampak je kuat, tapi penakut gila! Hahaha…

Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Bayi lelaki yang aku gelarkan Baby R ini, dilahirkan seberat 2.45kg. Buat masa ini, Baby R di bawah pengawasan doktor untuk beberapa hari bagi melihat perkembangannya.

Bagi aku pula, aku perlu berehat buat beberapa minggu. Kali pertama menjalani pembedahan, Tuhan saja yang tahu bagaimana perasaan aku! Takut ya amat perut nak kena belah!

Terpaksa Batal Baby Shower

Screen Shot 2015-01-16 at 11.01.35 AM

Alhamdulillah segalanya telah selesai. Di sini ingin aku umumkan bahawa, aku dan Buds Organics terpaksa membatalkan Baby Shower yang kamu rancang akan di adakan tanggal 25 Januari depan.

InsyaAllah akan kami umum semula andai ada acara yang akan kami adakan selepas ini. Mohon maaf di atas keadaan yang tidak disangka ini, maka terpaksa membatalkan perjumpaan antara aku, pembaca dan semua peminat yang lain.

Ibu Bapa Masih Belum Tahu

Screen Shot 2015-01-16 at 11.02.23 AM

Buat masa ini, aku juga tidak menerima mana-mana tetamu untuk seketika. Hanya saudara dan sahabat terdekat dibenarkan melawat. Harap faham ya.. Baby R memerlukan pengawasan yang rapi. Begitu juga aku.

Sehingga entry ini ditulis, dan disiarkan, ibu bapa mertua aku masih tidak tahu yang cucu kedua mereka telah dilahirkan. Mereka kini di dalam perjalanan ke Malaysia.

Semuanya kebetulan. Bagaimana agaknya reaksi mereka petang Jumaat nanti apabila langsung dari airport ke hospital? Aku tahu, KL bakal mengalami ‘banjir kilat!’

Nanti aku suruh Pingu ambil gambar. Terima kasih di atas doa yang kalian hantarkan buat aku. Semoga Allah merahmati kita semua. Aminnnn…

Sumber: Blog Nurul Wahab

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×