berita

Nurul Shuhada Doa Kebahagiaan Hafidz Roshdi, Anak Anak Tidak Terkejut Dengar Berita Pernikahan Bapa

December 16th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Nurul Shuhada Hafidz Roshdi

Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada mendoakan kebahagiaan aktor itu bersama isteri, Athira Yuhada.

Artikel Berkaitan: Hafidz Roshdi & Athira Yuhada Sah Bergelar Suami Isteri – ‘Alhamdulillah’

Artikel Berkaitan: ‘Dia First Love Saya, Moga Pernikahan Ini Kekal Hingga Akhir Hayat’ – Hafidz Roshdi

Doakan kebahagian Hafidz

Nurul Shuhada Hafidz Roshdi

Menurut Shuhada, dia mendoakan bekas suaminya itu dapat menjalani kehidupan yang baik.

Saya mendoakan yang terbaik untuk kehidupan Hafidz. Semoga yang baik-baiknya untuknya selepas ini.

Sementara itu, Shuhada berkata dua orang cahaya matanya iaitu Humairah dan Umar sudah dimaklumkan dengan berita pernikahan bapa mereka.

Katanya lagi, anak-anaknya tidak menunjukkan reaksi terkejut ketika mendapat tahu berita berkenaan.

Terdahulu, Hafidz menamatkan teka-teki apabila mengesahkan sudah bernikah dengan wanita pilihan yang dikenali sebagai Athira Yuhada.

Difahamkan majlis akad nikah pasangan itu berlangsung pada malam Jumaat.

Sebelum ini, nama Athira didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga Hafidz dengan bekas isteri.

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 namun sah bercerai pada 27 Julai lalu.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar berusia 3 tahun.

SKIP THIS AD ×