Bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada, memberitahu dia sudah membuka lembaran baru dalam hidupnya selepas berhijrah ke Australia bersama dua anaknya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shuhada Tarik Semula Kes Dipukul Hafidz Roshdi, Tiada Sebarang Unsur Provokasi & Paksaan
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Datang Dengan Semangat & Harap Diberi Keadilan Sebagai Mangsa’ – Nurul Shuhada
Mula kehidupan baru di Australia
Menerusi siaran langsung di TikTok, Shuhada mengakui kehidupannya kini semakin baik dan tenang. Menurut Shuhada, pada mulanya dia mempersoalkan nasib hidupnya sendiri selepas melalui pelbagai ujian, termasuk perceraian. Namun, dia kini melihat segala cabaran yang dilalui sebagai jalan untuk mencapai sesuatu yang lebih baik.
Tambah Shuhada, dia menyedari setiap yang berlaku pastu mempunyai hikmah disebaliknya.
Dulu saya memang terfikir mengapa Allah berikan saya ujian sebegini, apa salah saya.
Tetapi saya bersangka baik dengan Allah dan Dia gantikan saya dengan benda lebih baik.
Allah izinkan saya untuk bersama dengan kedua-dua anak dan menetap di sini (Australia).
Berbicara lebih lanjut, Shuhada mengakui bahawa perubahan dari segi lokasi ini akan membuatkan kehidupannya dan anak-anak lebih baik berbanding sebelum ini.
Terdahulu, Shuhada mengumumkan dia telah berhijrah ke Australia bersama anak-anaknya dan kini menetap di Melbourne. Difahamkan, penghijrahannya itu adalah untuk menyambung pengajian di sebuah institut pendidikan di sana.
Shuhada juga tidak menolak kemungkinan untuk terus menetap di Australia buat jangka masa panjang dan tidak merancang untuk kembali ke Malaysia dalam masa terdekat.
Keputusan ini dibuat atas dasar mencari kestabilan dan peluang hidup yang lebih baik untuk dirinya serta anak-anak.
Sumber: Nurul Shuhada