Berikutan meninggalkan komen seolah-olah memberi bayangan bahawa pelakon Puteri Sarah Liyana bakal mendirikan rumah tangga, bekas isteri kepada aktor Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada tampil memohon maaf.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Suka Bila Ada Orang Keluarkan Kenyataan, Boleh Undang Fitnah’ – Puteri Sarah
Artikel Berkaitan: ‘Sebab Blusher Kot Suami Kakak Follow Saya’ – Make Up Dikecam Terlalu Tebal, Shuhada Bidas Komen Pedas Netizen
Hanya salah faham
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story (IG), Shuhada berkata komen berkenaan adalah sekadar meluahkan rasa gembira terhadap mereka yang dihormati.
Menurut ibu kepada dua orang anak ini, kenyataannya itu telah disalah erti dan menegaskan bahawa ianya sama sekali tiada kaitan dengan perkahwinan.
Alamak ini adalah salah faham besar, komen saya tu betul-betul menzahirkan rasa bahagia untuk semua orang yang saya hormati dan pandang tinggi dan tak ada berkait untuk apa-apa perkahwinan. Tak sangka pula ‘tertwisted’ sampai macam tu sekali.
Saya pun peminat Kak Farah dan Kak Sarah macam orang lain. Sikit pun tak rasa nak cari ‘spotlight’ atau apa-apa untuk jadi tajuk berita.
Susulan salah faham itu, Shuhada telah memohon maaf kepada Puteri Sarah dan turut membuat turut membuat permohonan maaf secara terbuka.
Saya dah mohon maaf dekat Kak Sarah secara peribadi dan di sini saya mohon maaf kalau ada yang menghina atau mengutuk Kak Sarah kerana hal tersebut. Kita doakan yang baik-baik untuk orang mesti Allah bagi yang baik-baik.
Terdahulu, Puteri Sarah meluahkan rasa kesal apabila timbul gosip yang mendakwa dirinya bakal berkahwin dengan rakan perniagaan yang juga aktor Indonesia, Andi Arsyil.
Puteri Sarah menegaskan dia kurang selesa kerana dakwaan tersebut boleh menimbulkan fitnah.
Sumber: IG Shuhada