berita

‘Sebab Blusher Kot Suami Kakak Follow Saya’ – Make Up Dikecam Terlalu Tebal, Shuhada Bidas Komen Pedas Netizen

October 17th, 2023 | by Alia
Kini Trending

shu blusher

Gara-gara mengenakan solekan tebal, bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada dikecam warganet.

Artikel Berkaitan: Tak Nak Diri Diperguna, Shuhada Pesan Jangan Terlalu Percaya Pasangan – ‘Letakkan 10% Ragu-Ragu’

Artikel Berkaitan: 9 Bulan Tak Masak Sambal Sotong, Shuhada Takut Menangis Teringat Hafidz Roshdi – ‘Ini Lauk Kegemaran Dia’

Komen Shuhada

shu blusher

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram (IG), memaparkan pemilik nama Nurul Shuhada Mat Shukri sedang mempromosikan sebuah produk.

Bagaimanapun, solekan tebal Shuhada telah menarik perhatian warganet sekaligus mengundang pelbagai komen berbaur sindiran.

Merah sangat pipi mcm kena penampar. Aku rasa lagi cntik dia tak make up.

Ya ampun pipi.

Memang kena tumpah blusher ke sis?

Ibu kepada dua orang anak ini kemudian tampil memberi respon terhadap salah satu komen tersebut.

Alamak kak, jaga-jaga takut saya ini, sebab blusher saya kot suami kakak follow saya.

Tak apa saya pakai blusher je tumpah, saya tak kasi kasih sayang husband lain tumpah dekat saya.

Sekadar info, Shuhada dan Hafidz mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 namun sah bercerai pada 27 Julai lalu.

Hasil perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar berusia 3 tahun.

Sumber: Instagram Shuhada 

SKIP THIS AD ×