Anak kepada Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi iaitu Datuk Nurulhidayah mendoakan agar urusan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dipermudahkan Allah SWT.
Artikel Berkaitan: Syed Saddiq Ahli Politik Pertama Dikenakan Hukuman Sebat – Pendakwaan
Ini hari dia
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Nurulhidayah mengakui menyimpan perasaan tidak suka terhadap Syed Saddiq. Namun, sebagai seorang Islam, dia menolak tepi perasaan itu dan berharap agar Ahli Parlimen Muar diberi kekuatan untuk berdepan ujian besar.
Walaupun saya tak suka awak atas sebab-sebab tertentu.. Tetapi sebagai seorang yang beragama Islam, saya mendoakan Allah berikan awak kekuatan untuk menghadapi ujian Allah ini, agar awak dan seluruh ahli keluarga dapat menjalani segalanya dengan tenang, kuat dan tabah.
Apa status, pangkat dan darjat sekali pun setiap dari kita yang Allah cipta pasti akan diuji. Tak perlu letak lemon pada luka. Sakit.
Dalam pada itu, Nurulhidayah, 45, juga berharap agar orang ramai mendoakan yang baik-baik buat Syed Saddiq.
Ini hari dia. Hari kita tak tahu bila. Doa yang baik-baik sahaja.
Pada Khamis, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta oleh Mahkamah Tinggi, di sini hari ini atas empat pertuduhan iaitu bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram (AMLA).
Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan satu sebatan bagi kesalahan bersubahat melakukan pecah amanah, dua tahun penjara dan satu sebatan bagi pertuduhan salah guna harta manakala bagi dua kesalahan pengubahan wang haram masing-masing dipenjara dua tahun dan denda RM5 juta atau penjara empat tahun jika gagal membayar denda.
Sumber: Instagram