Pelawak dan juga penyampai radio, Issey meluahkan rasa syukur kerana anak bongsunya, Faeeq Fathian yang berusia 2 tahun dilindungi Allah SWT daripada satu insiden cemas yang berlaku baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Rumah Pusaka Hangus Dijilat Api, Issey Terkejut Al-Quran Tidak Terbakar – ‘Kuasa Allah…’
Artikel Berkaitan: Isu ‘Awak Pernah Curang, Saya Tak Pernah’ – Gurauan Dianggap Kasar, Issey Mohon Maaf Kepada Shuk
Anak Nyaris jadi mangsa
Issey atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Hussin, 36, menyatakan bahawa anak bongsunya nyaris menjadi mangsa kejadian sebuah kereta mengundur secara laju dan mengejut di hadapan sebuah kedai haiwan di Puncak Alam pada Selasa lalu. Insiden cemas itu mengakibatkan seorang kanak-kanak perempuan dilanggar.
Menurut Issey, ketika kejadian isterinya, Noor Aimi Jamel bersama anak saudara, Alieya Erissha dan dua anaknya iaitu Umaira dan Iyyen yang baru pulang dari sekolah telah singgah ke kedai kucing.
Kebetulan, anak bongsu tarik tangan anak saudara pergi tengok kucing di bahagian depan pintu masuk kedai.
Sekelip mata, tiba-tiba kereta langgar. Dengan pantas anak saudara terus tarik anak saya. Masa tu, anak saudara tak perasan ada seorang lagi kanak-kanak (mangsa) di situ. Mujur hanya mengalami kecederaan ringan.
‘Isteri dan anak-anak trauma’
Ujar Issey lagi, dia bergegas ke lokasi kejadian selepas dimaklumkan mengenai insiden tersebut.
Namun, isteri dan juga anak-anak trauma. Terutamanya anak bongsu, dia diam dan senyap saja, tak bermain. Dia memang jenis aktif.
Sebelum ini, pernah tular di laman sosial sebuah video kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan sebuah kereta jenis Hyundai Elantra yang dipandu seorang lelaki berusia 30-an melanggar seorang kanak-kanak dan pintu hadapan sebuah premis.
Berikutan kejadian itu, kanak-kanak berkenaan mengalami cedera ringan dan telah menerima rawatan di Hospital Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam.
Sumber: Harian Metro