Uji bakat Calpis Soda One In A Million di Universiti Malaya semalam, berjaya menyelami kisah seorang peserta yang dikenali sebagai Ahmad Faisal Mansor.
Artikel Berkaitan: Pesara Guru, Azman Beranikan Diri Sertai Uji Bakat Calpis Soda OIAM Di Usia 61 Tahun – ‘Jika Menang RM1 Juta, Saya Nak Bawa Keluarga Ke Tanah Suci’
Artikel Berkaitan: Sakit Gout Bukan Penghalang Rikostria Datang Uji Bakat OIAM – ‘Saya Dah Bersiap Dari Pukul 7 Pagi’
Anak murid Mark Adam
Menurut Faisal, dia pernah terselamat daripada serangan jantung sebanyak dua kali sebelum ini. Meskipun nyaris diduga, Faisal berkata, dia masih kuatkan semangat untuk meneruskan kehidupan dan hadir uji bakat Calpis Soda One In A Million.
Menurut Faisal, dia mengetahui mengenai program ini selepas melihatan hantaran di TikTok TV3. Di samping itu, dia juga seorang pelajar kelas vokal Mark Adam.
Saya hadir uji bakat ini sebab minat yang mendalam terhadap bidang nyanyian dan juga hasil dorongan guru saya sendiri. Saya memang dah lama minat menyanyi, sekadar suka-suka, dan baru-baru ini mula menyertai kelas vokal. Mark Adam mengalakkan saya untuk mencuba nasib. Dia kata, cuba saja, mana tahu ada rezeki.
Tambah Faisal, ini merupakan kali pertama dia menyertai uji bakat sebegini.
Ini kali pertama saya sertai uji bakat sebesar ini, dan saya mahu melihat sejauh mana saya boleh pergi dalam bidang nyanyian serta memahami lebih mendalam tentang bakat yang saya miliki.
Berbicara lebih lanjut, lelaki berusia 50 tahun ini mengakui bahawa perjalanan karier nyanyiannya tidak menentu dek kerana komitmen kerja dalam bidang keselamatan siber.
Selepas pertama kali memasuki industri hiburan sebaik tamat persekolahan. Selepas saya mula bekerja, saya berhenti menyanyi sehinggalah saya stabil dalam kerjaya. Baru selepas itu, saya kembali aktif dalam muzik pada penghujung usia 30-an.
Jadi bagi anda yang berbakat di luar sana, jangan lepaskan peluang ini dan hadir ke uji bakat Calpis Soda One In A Million! Masih tidak terlambat bagi orang-orang di Sarawak dan Pahang pula untuk menunjukkan bakat. Cepat-cepat hadir ke lokasi yang seterusnya iaitu di Plaza Merdeka, Kuching dan Kuantan City Mall pada 23 dan 24 November ini.