Nasi Kandaq Festival edisi kedua kembali selepas mendapat sambutan yang luar biasa daripada penggemar ‘nasi kandar’ pada tahun lalu.
Artikel Berkaitan: Surrr.. 10 Lejen Nasi Kandar ‘Berkampung’ Di Nasi Kandaq Fest
Artikel Berkaitan: #OBCallingFoodies: Biar Betul 3 Oyster RM12? Ini Sebab Anda Perlu Datang Ke Seafood Festival 2024
11 jenis nasi kandar
Masih kekal anjuran FriedChillies dengan kerjasama Sunway Putra Mall dan Nasi Kandaq Hunters, festival tahun ini akan menghimpunkan pelbagai juadah nasi kandar pada tahun 70-an di seluruh Malaysia.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif FriedChillies, Adly Rizal, penganjuran tahun ini merupakan sambungan kejayaan tahun lalu yang mencatat lebih daripada 20,000 pencinta nasi kandar.
Penganjuran festival Nasi Kandaq pada tahun lepas mencatatkan kejayaan yang luar biasa dengan kehadiran lebih 20,000 orang penggemar nasi kandar serta menghimpunkan legenda-legenda utama nasi kandar negara di bawah satu bumbung.
Kami yakin acara ini akan berlangsung dengan lebih meriah pada tahun ini. Ia satu-satunya festival nasi kandar yang menampilkan hidangan dari 11 penjual nasi kandar utama negara dari Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Johor dan Ipoh di bawah satu bumbung di Sunway Putra Mall, KL.
Tambah Adly, dia juga gembira apabila Nasi Kandaq Fest 2.0 tahun ini turut mendapat sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.
Kami berharap agar semua orang akan berkunjung dengan rakan-rakan dan keluarga untuk meraikan juadah yang enak dan unik ini serta menghayati budaya dan warisan di sebalik nasi kandar.
Sementara itu, Pengurus Besar Kanan Sunway Putra Mall, Danny Lee, sentiasa terbuka untuk menyediakan lokasi utama bagi penganjuran festival sekaligus memberi keselesaan kepada setiap pengunjung yang hadir.
Sunway Putra Mall komited untuk mempersembahkan acara unik kepada pelbagai lapisan masyarakat. Selepas beberapa acara bertemakan makanan pada 2023, kami sedar yang pengunjung kami sangat menanti-nantikan acara sebegini dan keterujaan ini selari dengan misi kami untuk mewujudkan sebuah ruang bagi perhimpunan dan perayaan.
Pusat membeli-belah kami terletak secara strategik di tengah-tengah ibu kota dengan akses mudah kepada pengangkutan awam dan perkhidmatan e-panggilan. Ia lokasi yang sesuai untuk kawan-kawan dan keluarga bertemu dan menikmati acara ini secara bersama.
Manakala pengasas bersama Nasi Kandaq Hunters (NKH), Badrul Izam berkata Nasi Kandaq Fest 2.0 akan menjadi ‘kampung’ peminat tegar nasi kandar di Lembah Klang dan Kuala Lumpur.
Dengan senarai penjual nasi kandar yang dipilih secara teliti, kami yakin setiap pengunjung akan menemui sesuatu yang memenuhi selera mereka dan pada masa sama, meneroka pelbagai rasa yang baharu. Kami mengalu-alukan semua 265,000 anggota NKH untuk menyertai pesta makanan ekstravaganza ini.
Antara jenama ‘lejen’ yang terbabit adalah:
Nasi Kandar Ayam Merah Yong Suan (Nasi Ganja), Ipoh
Yusuf Restaurant, Penang
Restoran Kudu Bin Abdul, Kuala Lumpur
Hameediyah, Kuala Lumpur
LC Restoran (Line Clear), Kuala Lumpur
Nasi Kandar Pelita Chai Leng Park, Penang
Nasi Kandaq Talam, Johor Bahru
Restoran Majeedia, Ipoh
Jamal Mohamed / Nasi Kandar Pokok Ketapang, Penang
Bukan itu sahaja, pengunjung akan dihiburkan dengan pertunjukan cendol teh tarik dan demonstrasi memasak, dapat bertemu dengan lagenda Nasi Kandar di samping dibuai dengan persembahan dan muzik era 70-an secara langsung.
Untuk maklumat lanjut dan terkini tentang Nasi Kandaq Fest 2.0 boleh didapati menerusi akaun Instagram dan Facebook @friedchillies atau lawati www.friedchillies.com.
View this post on Instagram