Pemilihan kasut bukan setakat hanya dipandang pada gaya dan rekaan moden sebaliknya perlu bersesuaian dengan situasi serta aktiviti yang akan dilakukan.
Artikel Berkaitan: Neelofa Jual Koleksi Kasut ‘Kayangan’ – ‘Harga Asal RM14k Tapi Nak Jual RM1k Je’
Artikel Berkaitan: Radin Dedah Pernah Ada Koleksi Kasut Sehingga 800 Pasang
Siluet baharu
Sentiasa menitikberatkan sifat-sifat versatile, ekspresi diri dan keselesaan, Converse bermatlamat untuk mencipta satu konsep baharu yang diilhamkan masa lampau tetapi direka untuk hidup moden.
Terbaru, Converse, Run Star Trainer telah mensintesiskan DNA Converse, sebelum memodenkannya melalui sejarah sukan Converse yang panjang dan tidak diketahui ramai.
Siluet baharu ini adalah bukti komitmen Converse dalam mengadun Sejarah yang kemudiannya diterjemahkan kepada fesyen terkini. Malahan, rekaan terbaharu ini turut mengambil ilham dari seni moden seperti seni tembikar.
Run Star Trainer menyantuni hamper 20 siluet warisan Converse, di mana semuanya telah direka khusus untuk sukan termasuklah karate, lawan pedang, bola sepak, gusti, lompat kijang dan lari berhalangan.
Tumit yang unik
Corak luar tapak kasut ini turut mengambil ilham dari rekaan Chuck Taylor All Star, namun dipanjangkan secara unik sepanjang tumit dan serta diterapkan dengan logo bintang dari kasut Run Star Hike yang telah diperkenalkan pada 2019 dahulu.
Semangat penerokaan sememangnya komponen penting untuk jenama Converse dan ini telah membantu menjana eksperimen-eksperimen rekaan dari segi warna, kemuatan, bahan dan saiz.
Gabungan bahan untuk Run Star Trainer ialah nilon, suede dan kulit demi menjanjikan dimensi yang baik untuk bahagian atas kasut, yang diiringi pilihan-pilihan warna berani seperti Wren Emas, Biru, Merah, Egret, dan Hitam.
Run Star Trainer Converse boleh dibeli di seluruh dunia bermula 18 Jun 2024 di Converse.my dan Converse The Exchange TRX.