berita

Obses Dengan ‘Kematian’, Lelaki Rakam Aksi Bunuh Diri Di TikTok

June 10th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Seorang lelaki yang berasal dari Bengaluru, India disahkan meninggal dunia selepas dipercayai meminum racun sebelum dia bertindak merakam perbuatan tersebut untuk memuatnaik ke laman media sosial TikTok.

Ingin rasai ‘kematian’

Menerusi laporan yang dipetik daripada Times Of India, mangsa yang dikenali dengan nama Dhananjaya berusia 24 tahun itu didakwa bertindak sedemikian semata-mata ingin merasai pengalaman ‘kematian’. Menurut seorang pegawai polis di daerah Tumkur memberitahu, mangsa juga dipercayai sengaja menakut-nakutkan ibu kandungnya dengan ugutan bunuh diri memandang dia sebelum ini pernah dimarahi kerana tidak memperoleh pendapatan.

Dhananjaya, 24 tahun bunuh diri di TikTok.

Mangsa kemudian telah pergi ke sebuah kedai untuk membeli racun berkenaan dan bergegas ke kawasan kebun untuk meneruskan ‘niat’nya. Setibanya di kebun, mangsa dipercayai telah merakam video berdurasi 15 saat tetapi lain pula yang jadinya apabila dia mula panik dan merasai dirinya akan mati sebaik sahaja selepas meminum racun berkenaan.

Terlalu obses dengan

Mangsa yang sempat menghubungi rakannya dengan memaklumkan perkara tersebut telah dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Tetapi malangnya, dia tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia. Difahamkan, Dhananjaya sering memuatnaik dan menceritakan tentang obsesinya terhadap kematian di media sosial sehingga dia sanggup mencederakan diri sendiri.

Bukan itu sahaja, sebelum ini dia juga dengan sengaja pernah melanggar sebatang pokok ketika menunggang motosikal. Walaupun sudah diberi nasihat oleh ahli keluarga dan jiran tetangga, dia langsung tidak mengendahkannya.

Sumber: Times Of India

SKIP THIS AD ×