Bagi seorang ibu mengandung, adalah sangat penting untuk mereka mendapatkan pemeriksaan di klinik kesihatan sebaik mendapat tahu diri hamil. Ini untuk memastikan bayi yang dikandung sihat dan membesar dengan baik. Ini untuk mengelakkan sebarang komplikasi apabila dilahirkan kelak.
Seperti perkongsian seorang ibu di Facebook, dia mendapat tahu diri hamil apabila kandungan sudah memasuki usia 2 bulan. Paling menggerunkan apabila dia makan lebih 8 jenis ubat kerana disyaki mempunyai batu karang.
Merancang tak mahu anak lagi
(Sekadar gambar hiasan)
Hai semua. Lewat malam macam biasa bila baby tidur kita tak boleh tidur, bila baby bangun kita pulak ngantuk nak tidur. Saja nak share dengan kawan-kawan. Syukur saya baru habis berpantang, anak ke-6. Anak yang sewaktu dikandungkan saya melalui macam-macam ujian dan dugaan. Tapi Alhamdulillah saat melahirkan dia segalanya Allah permudahkan. Berjumpa doktor dan nurse-nurse yang baik-baik. Bidan yang menyambut bayi juga ya Allah baik. Siap peluk selepas selesai semua urusan di LR. Begitulah indahnya aturan Allah.
Awal ceritanya saya merancang dengan baik dengan suami untuk tidak mahu anak lagi. Cukup la 5 anak yang ada. Saya obses menguruskan badan, makan macam-macam produk kuruskan badan. Join aktiviti-aktiviti senaman.. Run, hiking, bycle, zumba bagai. Sampai la satu hari kencing rasa sakit kat pangkal ari-ari.
Makan ubat batu karang
(Sekadar gambar hiasan)
Tak pernah terfikir yang saya mengandung, saya ke klinik swasta, doc check kata saya batu karang. 8 jenis ubat dia bagi. Balik rumah terus telan. Salah satunya ubat hancurkan batu karang. Ya Allah ampunkan hamba mu yang bodoh ni. 2 3 hari telan ubat tak sakit dah. Okay semuanya. Tetiba suami demam teruk seminggu tak kebah-kebah. Lepas dia demam, saya lak demam. Hati rasa tak kena dan gelisah. Pergi balik klinik yang sama tapi doktor yang lain.
Dipendekkan cerita doktor bagitau saya mengandung usia kandungan nak masuk 2 bulan. Ya Allah. Apa aku dah buat ni.. Macam mana baby dalam perut? Sihat ke? Effects tak ubat-ubat yang aku telan. Cacat ke? Selama mengandung saya mabuk teruk. Suami la yang jaga. Masak basuh baju kemas rumah semua. Saya tidur dan hantar anak ke sekolah 14x sehari. Itu je yang mampu.
Bulan puasa kandungan 4 bulan saya di duga lagi. Saya diserang dipukul di gigit oleh jiran sebelah rumah. Hanya kerana salah faham. Tapi kes di anggap selesai di balai polis setelah dia mengaku bersalah dan memohon maaf. Hari baik bulan baik. Saya dan suami dengan lapang dada menarik balik kes. Air mata dan maruah macam dihinjak-hinjak. Tapi doa saya hanya satu semoga Allah selamatkan bayi dalam kandunganku. Cukupkan segala sifatnya, mudah saat melahirkannya. Tak putus-putus berdoa…
Trauma dan murung
(Sekadar gambar hiasan)
Trauma… Lepas kejadian tu saya murung, sering menangis, tak suka berjumpa dan bergaul dengan orang keliling. Saya suka sendirian.
Kandungan 8 bulan saya kemalangan, kereta saya membawa anak-anak ke sekolah dilanggar dari belakang. Senak perut.. Menggeletar kaki tangan jangan cakap. Kereta kemek… Allah jugalah penyelamat segalanya. Orang yang melanggar mohon maaf dan menanggung segala ganti rugi. Bayi selamat.. semua selamat. Sampai la saat ke hospital melahirkan, layanan dan doa-doa orang-orang yang menyayangi semua menjadi kekuatan. Hingga la habis berpantang.. Alhamdulillah mudah segala-galanya.
Ya Allah.. Terima kasih atas rezeki yang kau berikan tanpa aku duga. Bayi yang cukup sempurna, sihat dan membawa rezeki buat kami sekeluarga. Jadikan anak ini menjadi anak yang soleh ya Allah.. Aamiin.
Muhammad Nuh
4.08kg
31.10.2019
Normal, tiada jahitan, tiada koyakan tiada luka. Syukur indah akhirnya setelah perit ku telan segalanya.
Sumber : Facebook