Baru-baru ini tular satu kenyataan dikeluarkan seorang individu yang berpendapat tiada nilainya untuk seseorang itu untuk pergi ke sekolah dan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menerusi satu sesi podcast yang dilakukannya. Alamak, korang setuju ke dengan pandangan tersebut?
Jadi, segmen #OBTryBendaBaru kali ni membawakan kepada anda parodi mengenai kenyataan yang dikeluarkan individu tersebut.
Artikel Berkaitan: #OBTryBendaBaru: ‘Muka Aku Ja OT, Gaji Tak Naik’
‘Saya nak jadi podcaster’
Menerusi video parodi yang dimuat naik di laman TikTok rasmi @ohbulanofficial, kelihatan dua orang pelajar yang bercinta sedang keluar secara senyap dari perkarangan sekolah mereka.
Pelajar wanita tersebut kemudian bertanyakan pendapat kepada teman lelakinya adakah tindakan mereka itu wajar untuk dilakukan memandangkan mereka masih di waktu sekolah.
Tak apa, zaman sekarang sekolah-sekolah dah tak penting dan yang penting ialah masa depan kita.
Saya nak jadi podcaster dan awak nak jadi penyanyi. Sekarang ini apa yang penting ialah kita kena ada rancangan YouTube dan TikTok.
Mereka kemudian berbincang untuk membuat rancangan YouTube sendiri namun berdepan dengan satu masalah yang sangat tidak masuk akal.
Apakah masalah yang dihadapi mereka itu? Kalau nak tahu jangan lupa saksikan video penuh di platform TikTok OhBulan!
Video
@ohbulanofficial Mana geng panjat pagar sekolah? #hikayat60saat #h60s #obtrybendabaru #demimasa ? original sound – OHBULAN!