Tahun 2024 belum melabuhkan tirai, namun industri hiburan tanah air dikejutkan dengan kisah perceraian beberapa pasangan artis popular tempatan.
Artikel Berkaitan: #OBWrapped24: 11 Kes Mahkamah Yang Mencuri Tumpuan! PU Azman, Vivy Yusof & Along Cham Antara Nama ‘Panas’
Menerusi tinjauan OhBulan!, sehingga Disember 2024 seramai 16 pasangan telah membuat keputusan untuk berpisah dan membawa haluan masing-masing.
Adira & Datuk Red
Penyanyi Adira Suhaimi, 32, dan Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red, 46, sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Selangor pada 24 April lalu.
Hubungan yang dibina selama 9 tahun itu berakhir selepas Adira memfailkan perceraian pada 25 Oktober tahun lalu.
Difahamkan, sebelum ini iaitu 1 April 2019, pelantun lagu Ilusi itu pernah memfailkan perceraian namun menarik semula demi anak-anak.
Sekadar info, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.
Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan empat anak iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4, dan Ayob yang kini berusia dua tahun.
Bagaimanapun hati mereka kembali bertaut apabila Adira dan Datuk Red memaklumkan bakal berkahwin semula tidak lama lagi.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Adira Suhaimi Sah Bercerai Talak Satu, Tidak Tuntut Sebarang Nafkah Pada Datuk Red
Irma Hasmie & Redza Syah Azmeer
Kontroversi pergolakan rumah tangga pelakon dan pengacara, Irma Hasmie bersama suaminya, Redza Syah Azmeer akhirnya terjawab apabila mereka disahkan bercerai sejak enam bulan yang lalu iaitu sekitar Oktober 2023.
Berita itu disahkan rakan baik Irma iaitu Reen Emran menerusi Insta Story miliknya dan turut dikongsikan pengacara serta penceramah motivasi, Amin Idris pada 30 April lalu.
Bagi menjawab kepada persoalan apakah status mereka (Irma serta Redza) sekarang dan untuk mengelakkan dari terus timbul fitnah.
Saya dengan ini mewakili sahabat saya ingin mengeluarkan kenyataan (dengan izin dia sendiri)
Buat pengetahuan… mereka sudah sah bercerai 6 bulan lepas. Dengan persoalan yang sudah terjawab, saya mohon pada semua beri ruang untuk sahabat saya.
Untuk rekod, Irma dan Redza mendirikan rumah tangga pada 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Redza Syed Irfhan, 11, dan Irma Nur Naylie, 10.
Artikel Berkaitan: Rakan Dedah Irma Hasmie Bercerai Enam Bulan Lalu – ‘Mohon Doakan Yang Baik Buat Sahabat Saya’
Bella Astillah & Aliff Aziz
Ikatan perkahwinan pasangan kontroversi, Bella Astillah dan Aliff Aziz berakhir apabila mereka sah bercerai talak satu buat kali kedua di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, pada 13 Jun lalu.
Kemelut rumah tangga pasangan ini menjadi bualan hangat netizen di media sosial susulan pelakon dan penyanyi kelahiran Singapura itu didakwa terbabit dalam kes khalwat bersama aktres, Ruhainies, 32, di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada 9 Mac lalu.
Selepas daripada itu, satu demi satu pendedahan dibuat oleh Bella yang mendakwa Aliff pernah berlaku curang hampir 11 kali sepanjang 7 tahun mereka menjalani kehidupan sebagai suami isteri.
Difahamkan pada 16 Mei 2019, Bella dan Aliff pernah bercerai namun rujuk kembali dalam tempoh iddah.
Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Aziz & Bella Astillah Bercerai Hari Ini?
Nora Danish & Nedim Nazri
Pelakon Nora Danish dan bekas suami, Nedim Nazri menemui titik noktah apabila sah bercerai di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta pada 19 Jun lalu.
Pasangan ini bagaimanapun memilih untuk mengunci mulut dan tidak mendedahkan punca perceraian mereka kepada umum.
Sekadar info, Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan anak lelaki, Mohamed Neqayl berusia enam tahun.
Untuk rekod, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan anak lelaki, Putra Rayqal, 15. Mereka kemudian bercerai pada 2008.
Artikel Berkaitan: Nora Danish & Nedim Sah Cerai Talak Satu, Perkahwinan 7 Tahun Sudah Berakhir
Hisyam Hamid & Rosmawati Hanafi
Spekulasi keretakan rumah tangga pelakon, Hisyam Hamid akhirnya terjawab apabila aktor itu mengumumkan sudah sah bercerai dengan bekas isterinya, Rosmawati Hanafi.
Bagaimanapun pasangan itu tidak mendedahkan punca dan tarikh sebenar perceraian mereka namun menegaskan masih mengekalkan hubungan baik sebagai ibu dan bapa kepada anak-anak.
Sekadar info, Hisyam dan Rosmawati Hanafi atau lebih dikenali sebagai Mel mendirikan rumah tangga pada 2006.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Nurish Syameliah, 17, dan Haydeen, 15.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Jalan Terbaik Adalah Dengan Tidak Lagi Menjadi Suami Isteri, Kami Selesa Berkawan Baik’ – Hisyam Hamid
Harith Iskander & Dr. Jezamine Lim
Selepas hampir 14 tahun mendirikan rumah tangga, pelawak Harith Iskander dan bekas isteri, Dr Jezamine Lim membuat keputusan untuk membawa haluan masing-masing.
Pada 8 Julai lalu, Jezamine mengesahkan memfailkan permohonan cerai terhadap Harith sebelum mereka akhirnya sah bercerai pada 25 Julai lalu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.
Pasangan ini pernah mendedahkan punca perceraian mereka adalah kerana tiada lagi persefahaman namun mengakui masih menjalinkan hubungan baik demi anak-anak.
Untuk rekod, Harith dan Dr Jezamine mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2010. Mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Zander Xayne, 14, Alessandra Jayne, 11 dan Zydane Zayne, 9.
Artikel Berkaitan: Harith Iskander & Dr Jezamine Lim Sah Cerai Talak Satu, Perkahwinan Hanya Bertahan 14 Tahun
Erynne Erynna & Afify Sazali
Pada 10 Ogos lalu, pelakon Erynne Erynna mendedahkan sudah bercerai dengan bekas suami, Afify Sazali selepas lima tahun mendirikan rumah tangga bersama.
Bagaimanapun, tidak mendedahkan punca perceraian mereka sebaliknya reda dengan takdir Ilahi selain menganggap jodohnya bersama suami tidak panjang.
Sudah tertulis sampai di sini sahaja jodoh kami dan inilah yang Allah takdirkan buat kami maka bercerailah kami atas izin-Nya.
Sungguh, ini ujian yang amat berat. Akan tetapi, Allah duga dan beri ujian pada hamba hamba-Nya yang Dia sayang dan tidak akan menguji hamba-Nya lebih dari kemampuan.
Berita perceraian itu dikongsikan Erryne menerusi hantaran di Instagram rasmi miliknya. Pelakon drama The Gadis ini juga menyifatkan bekas suaminya itu seorang yang baik dan bertanggungjawab terhadap keluarga dan anak-anak.
Erynne berkahwin dengan Afify Sazali pada 17 April 2019 dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Madinah yang berusia empat tahun.
Artikel Berkaitan: Erynne Erynna Umum Sudah Bercerai, Rumah Tangga Hanya Bertahan Lima Tahun – ‘Bekas Suami Baik & Bertanggungjawab’
Syamsul Yusof & Ira Kazar
Pasangan kontroversi, Syamsul Yusof dan Ira Kazar sah bercerai pada 5 September lalu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor.
Mahkamah kemudian mengesahkan berlakunya talak selepas anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi itu melanggar taklik sebanyak lima kali melalui hantaran di media sosial. Susulan daripada itu, tempoh idah Ira telah bermula pada tarikh pelanggaran taklik, iaitu 14 Ogos 2024.
Untuk rekod, Syamsul dan Ira berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.
Rentetan daripada itu, pelakon Puteri Sarah pada ketika itu sebagai isteri pertama nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syamsul Yusof & Ira Kazar Sah Bercerai Talak Satu, Perkahwinan Hanya Bertahan Hampir Dua Tahun
Dottie & Muhammad Haffis
Selepas enam tahun berdepan konflik rumah tangga, pelakon Dottie dilaporkan sudah sah bercerai talak satu dengan suaminya Mohd Haffis secara tebus talak pada 18 September 2024.
Menurut Dottie, meskipun sudah hampir enam tahun tidak tinggal sebumbung tetapi perpisahan mereka itu tidak sah dari segi dokumen atau lafaz. Namun segala-galanya berakhir selepas dia memfailkan permohonan cerai pada bulan Jun lalu.
Untuk rekod, Dottie dan Haffis mendirikan rumah tangga pada 25 Disember 2016 namun mereka tidak dikurniakan cahaya mata bersama.
Artikel Berkaitan: Selepas Enam Tahun Berdepan Kemelut Rumah Tangga, Dottie Sah Bercerai Talak Satu
Fattah Amin & Fazura
Pasangan romantis, Fattah Amin dan Fazura mengejutkan ramai apabila mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 7 Oktober lalu.
Rumah tangga yang dibina selama 7 tahun terlerai selepas aktres itu memfailkan cerai terhadap Fattah pada 13 September lalu.
Fazura mendakwa antara tiga punca perceraian mereka adalah kerana Fattah tidak menjalankan tanggungjawab serta pengabaian nafkah terhadap keluarga.
Bagaimanapun Fattah menafikan semua dakwaan yang dilakukan bekas isterinya itu.
Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, 4.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fattah, Fazura Sah Bercerai Talak Satu Selepas 7 Tahun Berkahwin
Emma Maembong & Muhammad Shazli
Pelakon Emma Maembong mengakui sudah bercerai dengan bekas suaminya, Muhammad Shazli Azhar secara baik.
Pengumuman itu dilakukan Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail, 32, pada 7 Oktober lalu selepas dia selesai menjalani tempoh idah.
Untuk rekod, Emma dan Shazli mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Shariq Gabriel, 3, dan Shakil Aryan Shah, 19 bulan.
Artikel Berkaitan: Emma Maembong & Shazli Sudah Bercerai, Terima Keputusan Dengan Matang – ‘Saya Sebolehnya Cuba Menutup Kisah Peribadi’
Fazley Yaakob & Azrene Soraya
Penyanyi yang juga chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mendedahkan telah sah bercerai dan bekas isterinya, Azrene Soraya Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Azrene Ahmad.
Berita itu dikongsikan Fazley menerusi satu kenyataan media pada 15 Oktober lalu namun tidak mendedahkan tarikh dan punca perceraian mereka.
Keputusan untuk bercerai telah diambil atas persetujuan bersama selepas 18 tahun bergelar suami isteri dan saya sendiri telah memfailkan penceraian.
Tambah Fazley, empat anak mereka iaitu Ahmad Fariedz Shah, 15, Ahmad Fieradz Shah, 14, dan Ahmad Fierudz Shah, 13, dan Alayna Selma 7 tahun kini dalam penjagaan bersama.
Untuk rekod, Fazley dan Azrene mendirikan rumah tangga pada 2006.
Artikel Berkaitan: Fazley Yaakob Sah Bercerai Selepas 18 Tahun Kahwin
Que Haidar & Linda Jasmine
Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Sha Tengku Haidar, 45, mendedahkan telah bercerai dengan bekas isterinya, Linda Jasmine, 52, sejak 2 Julai lalu.
Namun pelakon itu hanya mendedahkan tentang perceraiannya kepada umum pada 27 Oktober lalu ketika ditemui di Majlis Malam Kemuncak Anugerah Seri Angkasa (ASA2024) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Allahuakbar, Alhamdulillah itu (penceraian) yang Allah aturkan. Saya minta semua doakan yang terbaik untuk saya dan Linda. Tapi kami masih baik, tiada siapa yang mahu bercerai.
Mungkin jalan ini yang terbaik, kami masih berkawan demi anak-anak. Penceraian kami berlaku pada 2 Julai lalu.
Untuk rekod, Que dan Linda mendirikan rumah tangga pada 14 Februari 2009.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Tengku Ratu Haidar, 15, dan Tengku Cleopatra Haidar, 12 tahun.
Linda sebelum ini pernah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki iaitu Qalif Khan yang kini berusia 24 tahun.
Artikel Berkaitan: Que Haidar, Linda Jasmine Sah Bercerai 2 Julai Lalu – ‘Mungkin Ini Jalan Terbaik, Kami Masih Berkawan’
Kaka Azraf & Adam Azriff
Hampir enam tahun mendirikan rumah tangga, penyanyi Kaka Azraff, 35, dan suaminya, Adam Azriff, 30, didakwa sudah berakhir apabila sah bercerai talak satu pada 28 Oktober lalu.
Difahamkan, mereka melakukan lafaz cerai secara ekspres di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam.
Bagaimanapun, pelantun lagu Gila itu tidak memberi sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut sebaliknya meminta diberikan ruang.
Terima kasih atas keprihatinan semua atas keadaan saya, Adam dan keluarga.
Kami mohon doa semua, moga beroleh tenang atas apa yang telah dilalui. Kami mohon ruang untuk bersama 3 cahaya mata kecil yang perlukan banyak perhatian.
Untuk rekod, Kaka dan Adam mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2018 selepas tiga bulan menjalin cinta. Selain Atta, mereka turut dikurniakan dua lagi anak lelaki iaitu Aslan, 5, dan Aryan, 3 tahun.
Artikel Berkaitan: 6 Tahun Berkahwin, Kaka Azraff & Suami Bercerai Talak Satu?
Idzham Ismail & Nur Abilah
Hampir empat bulan berdepan kemelut rumah tangga, pelakon Idzham Ismail memaklumkan perkahwinannya dengan bekas isteri, Nur Abilah Shamsudin berakhir selepas Mahkamah Rendah Syariah Klang mengesahkan perceraian mereka, pada 10 Oktober lalu.
Aktor itu juga menegaskan dia tidak akan rujuk kembali dengan bekas isteri kerana masing-masing sudah tawar hati. Bagaimanapun, enggan mendedahkan punca perceraiannya dan menafikan dakwaan wujud orang ketiga dalam rumah tangga mereka.
Untuk rekod, Idzham mendirikan rumah tangga dengan Siti Nur Abilah Shamsudin pada Ogos 2016. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Sofea Inara, 7 dan Muhammad Idrus, 4 tahun.
Artikel Berkaitan: ‘Mahkamah Putuskan Kami Sah Bercerai, Tidak Akan Dirujuk’ – Idzham Ismail
Jay Iswazir & Azzahra Ahmad
Pelakon Jay Iswazir dan isteri yang juga seorang aktres iaitu Azzahra Ahmad sah bererai pada Oktober lalu selepas dua tahun mendirikan rumah tangga. Berita perceraian itu diumumkan sendiri oleh Azzahra di Instagram (IG) miliknya.
Bukan itu sahaja, Azzahra kemudian tampil mendakwa dirinya dikasari dalam tempoh tiga bulan perkahwinan serta didesak untuk menggugurkan kandungan.
Sanggup ke korang wahai wanita andai baru kahwin 3 bulan dah kena maki, kena belasah dengan suami?
Ada ke suami yang tergamak paksa isteri gugurkan anak sendiri? Lelaki tak guna macam kau saja yang sanggup perlakukan isteri macam ini.
Hidup aku hancur sebab kau. Aku depresi, hampir nak gila, nak bunuh diri selama aku jadi isteri kau, Ahmad Iswazir.
Imbas kembali, Jay dan Azzahra mendirikan rumah tangga pada Mac 2022 namun perkahwinan mereka berakhir dengan perceraian pada 28 Oktober lalu.
Artikel Berkaitan: Isteri Jay Iswazir Umum Bercerai Selepas Dua Tahun Kahwin – ‘Kesakitan Ini Tak Mampu Untuk Saya Menanggung Sendirian’
Artikel Berkaitan: Azzahra Ahmad Dedah Punca Penceraian, Jay Iswazir Desak Gugurkan Kandungan – ‘Baru Kahwin 3 Bulan Dah Kena Belasah’