
Lebih lima dekad mencurah bakti dalam dunia seni tanah air, pelakon dan pengarah, Fauziah Ahmad Daud mengakui tidak pernah mengharapkan sebarang gelaran kehormat seperti Datuk, meskipun jasanya begitu besar dalam industri hiburan.
Artikel Berkaitan: ‘Selagi Tidak Menyebut Nama Saya, Dia Selamat’ – Ogy Ahmad Daud
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fauziah Ahmad Daud Pernah Dipandang Serong Jemaah Umrah – ‘Jangan Duduk Sebelah Aku, Kau Tu Artis!’
Tak harap gelaran Datuk

Fauziah atau mesra disapa Ogy, 63, berpendapat bahawa pengiktirafan sebenar datang daripada hasil kerja dan dedikasi yang ditinggalkan buat generasi akan datang, bukannya gelaran atau populariti semata-mata.
Biarlah Allah yang tentukan bila masa yang tepat. Kalau ada, adalah. Kalau tiada, tak mengapa. Saya lebih suka bila hasil kerja saya yang berbicara. Saya lebih selesa begitu.
Sehingga kini, saya tidak pernah menerima tawaran untuk mendapatkan gelaran tersebut. Malah, tiada seorang pun yang berpangkat Datuk berani ‘meminang’ saya juga.
Tambah pelakon filem Azura itu, dia tetap bersyukur dengan segala pencapaian dalam hidupnya. Baginya, penghargaan masyarakat terhadap impak kerjayanya jauh lebih bermakna.
Saya terharu ramai yang mengingati impak kerjaya saya dan bersyukur kerana dilahirkan menjadi seorang yang berprinsip.
Bukan populariti yang saya inginkan, tapi hasil kerja yang perlu diutamakan. Alhamdulillah, memang hasil kerja saya sentiasa berbicara.
Dalam perkembangan lain, Ogy dilantik sebagai sebagai Pengetua rancangan realiti terbaharu, Asian Pop Stars 2025.





![[VIDEO] ‘Teguran Kepada Azad, Carilah Konten Patuh Syariah & Beradab..Halal, Haram Jangan Dibuat Gurauan’ – PU Syed](https://asset.ohbulan.com/2026/07/aufMf27t-pu-syed.jpg)

