berita

Oh, Oh, Oh Sweet Child O’ Mine!- Guns N Roses Kembali Gegarkan Malaysia November Ini.. Ready To Rock!

September 11th, 2018 | by Ash Nordin
Kini Trending

Oh, oh, oh sweet child o’ mine!

Oh, oh, oh, oh sweet love of mine!

Kumpulan rock lagenda daripada Amerika Syarikat, Gun N Roses sekali lagi bakal mengadakan konsert di Malaysia sempena konsert jelajah ‘Not In This Lifetime Tour 2018’ yang akan berlangsung pada 14 November ini. Kali terakhir kumpulan ini ke Malaysia ialah pada tahun 2013. Peminat Gun N Roses confirm tak sabar nak tunggu kehadiran mereka ini.

Jika pada tahun 2013 Gun N Roses datang tanpa gitaris legenda Slash, untuk jelajah kali ini, tiga anggota asal Guns N’ Roses iaitu Axl Rose, Slash dan Duff McKagan akan digabungkan untuk sama-sama hadir bagi menghiburkan peminat setia mereka.

Boleh tengok Slash ‘goreng’ gitar secara live!

Konsert anjuran Galaxy Group dan dibawakan oleh GCOX ini akan diadakan di Surf Beach, Sunway Lagoon. Harga tiket dijual bermula dari RM288 (CAT4), RM488 (CAT3) , RM688 (CAT2) , RM988 (CAT 1) , dan RM1288 (VVIP). Namun istimewa buat pembaca Ohbulan, korang boleh dapatkan diskaun sebanyak 15% untuk semua kategori kecuali VVIP. Terbaiklah!

Apa yang korang perlu lakukan ialah masukkan kod promo MSIA4 ketika pembelian secara online di buyticket.com.my nanti. Untuk perhatian kod promo ini hanya sah sehingga 23 Septembr 2018 sahaja. Jadi pergi beli cepat-cepat sebelum terlambat!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×