berita

OKT Gagal Loloskan Diri, Hanya Sempat Lari 50 Meter Sahaja

January 13th, 2022 | by Iman
Kini Trending

Seorang orang kena tuduh (OKT) berjaya ditahan semula pada jarak 50 meter dari lokasi kejadian selepas cuba melarikan diri ketika menaiki lori polis di hadapan Klinik Kesihatan Beranang, Semenyih.

Dapat lari 50 meter sahaja

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, pihaknya telah menerima laporan daripada seorang anggota polis selepas melihat satu video yang berdurasi 38 saat itu tular di TikTok menerusi akaun goodymy_official mengenai kejadian tersebut.

Tambahnya lagi, menerusi video tersebut yang bertajuk ‘Prisoner Escapes Whole Boarding Transport Lorry’ memaparkan seorang OKT lelaki memakai pakaian berwarna ungu melarikan diri ketika hendak menaiki lori berkenaan bersama beberapa OKT lain. Siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku jam 11 pagi kelmarin di hadapan sebuah Klinik Kesihatan Beranang.

Ketika kejadian, anggota bertugas mengiringi seramai 19 OKT dari Balai Polis Kajang ke klinik berkenaan untuk melakukan ujian saringan Covid-19 dengan menaiki lori pasukan (polis).

Berjaya ditahan semula

@goodymy_official He saw his chance & he took it! #newsattiktok #beritaditiktok #malaysianews #trendingnewsmalaysia #malaysia #beritatiktok #beritaterkini #beritaviral ? original sound – goodymy_official

Ujar Mohd Zaid lagi, semua OKT diminta naik semula ke dalam lori berkenaan sebelum salah seorang daripada mereka cuba melarikan diri sebaik sahaja selesai menjalani ujian saringan. Walau bagaimanapun, OKT terbabit berjaya ditahan semula sebelum dibawa balik ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kajang.

Bagaimanapun, OKT terbabit berjaya ditahan semula pada jarak 50 meter dari lokasi kejadian sebelum dibawa balik ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kajang dan dimasukkan semula ke lokap Balai Kajang dengan selamat.

Susulan daripada itu, semakan telah dilakukan dan mendapati OKT terbabit adalah individu yang ditahan bersabit dengan kes samun dan kini dalam tempoh reman sehingga harini.

Sumber: Harian Metro, Goodymy_official

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×