berita

OMG..7 Update Terbaru dari EMUI 9.1 Ni Memang Mengancam! Tak Sia-Sia Pakai HUAWEI!

June 26th, 2019 | by Nurul
Kini Trending

Berita baik untuk pengguna HUAWEI, baru-baru ni HUAWEI telah melancarkan kemaskini terbaru iaitu EMUI 9.1! Antara peranti yang menerima kemaskini EMUI 9.1 ni adalah siri terbaru P30 HUAWEI.

Kalau korang menggunakan model HUAWEI selain P30, jangan risau sebab tak lami lagi, HUAWEI akan mengemaskini 49 model mereka bermula dengan siri Mate 20 pada 27 Jun 2019 ini!

Jom kami kongsikan antara ciri-ciri menarik EMUI 9.1!

GPU Turbo 3.0 dinaiktaraf untuk pengalaman gaming yang lebih lancar!

Get Your Game On

Berita baik untuk gamers tegar, EMUI 9.1 turut menaik taraf unit pemprosesan grafik (GPU) Turbo kepada versi 3.0 dan menyokong lebih 25 games antarabangsa, termasuk Fortnite, FIFA Mobile dan Brawl Stars. Wow!

Korang mesti jatuh cinta dengan ciri GPU Turbo 3.0 yang menyediakan respon sentuh yang pantas, prestasi yang lebih stabil, di samping mengurangkan penggunaan kuasa bateri. So, dah takde masalahlah kalau korang nak main game berjam-jam!

Edit video macam profesional dengan HUAWEI Smart Video Editing!

Image from HUAWEI Central

Best je bila tengok video orang lain kat Instagram cantik-cantik bila pergi holiday kan? Korang pun nak macam tu? Boleh je. Ciri Highlights yang terdapat dalam EMUI 9.1 ni akan secara automatik membantu korang memilih dan menyunting shot terbaik untuk video korang.

Yang lagi best, siap boleh tambah muzik latar, filter dan effects dengan mudah. Mesti video korang nampak macam profesional edits!

Aktifkan Google dengan hanya satu tap!

Kredit: The Indian Wire

Untuk korang yang selalu nak cepat, korang juga boleh aktifkan Google Assistant dengan hanya satu tap!

Caranya, tekan power button selama 1 saat, Google Assistant diaktifkan dan cari apa yang korang mahu menggunakan suara. Mudah kan?

Takde pita ukur? Aplikasi AR Measure kan ada!

Kini, korang dah tak perlu alat pengukur sebab Aplikasi AR Measure ni membolehkan korang mengukur panjang, luas dan lebar dengan tepat! Nak ukur tinggi korang pun boleh.

Dengan teknologi pengenalan wajah, korang hanya perlu berdiri dan scan tubuh korang dari kepala ke kaki dan voila, korang dah tahu tinggi korang berapa!

Pindahkan gambar, video dan fail dengan mudah!

Sekarang, korang boleh pindahkan gambar, video atau apa sahaja fail dengan pantas dan efisyen menggunakan HUAWEI Share, One Tap Share. Mudah je, cuma letakkan smartphone HUAWEI korang ke atas laptop HUAWEI untuk pindahkan fail dan sekelip mata je dah siap!

Boleh buat ringtone sendiri!

Image result for huawei emui 9.1 video ringtone

Kredit: HUAWEI Central

Bosanlah asyik guna nada dering yang sama. Sekali sekala nak jugak letak lagu favourite kita kan? Weh, boleh je! Bukan setakat lagu, korang pun boleh letak video jugak sebagai nada dering. Bila kawan kita call, keluar pulak video dia sendiri. Kan best tu!

Sync antara treadmill dan smartphone anda..

Dengan ciri EMUI 9.1 juga, korang boleh sync kan telefon korang ke treadmill untuk pantau berapa banyak kalori, kelajuan berjalan, jarak berjalan dan tempoh work out korang. Ia juga dapat mengesan getaran langkah, mengira jumlah langkah dan juga membantu korang mencapai tahap kecerdasan idaman!

Korang nak nikmati semua ciri awesome EMUI 9.1? Ikuti langkah kemaskini ini..

Korang hanya perlu menyemak status kemas kini dengan pergi ke ‘setting’ > ‘system’ > “Software update’ > ‘Check for updates’ dan enjoy! 

Untuk maklumat lanjut mengenai HUAWEI EMUI 9.1 dan sebarang update terbaru, layari laman web HUAWEI dan Facebook mereka.

SKIP THIS AD ×