berita

‘OMG! Lawanya Rambut Baharu Sharifah Sakinah’ – Netizen

July 7th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pelakon, Sharifah Sakinah, mencuri perhatian warganet apabila memuat naik sekeping foto di Instagram yang memperlihatkan imej rambut terbaharunya.

Imej rambut baharu

Menerusi perkongsian tersebut, pelakon drama popular ‘Girlfriend Aku Dari Neraka’ itu tampil dengan potongan imej rambut hampir botak. Rata-rata pengikut dan rakan artis memuji penampilan terbaharu Sakinah menerusi ruangan komen.

Ujar pengikut Sakinah, bukan semua wanita sesuai mempunyai rambut sedemikian. Tambah mereka, Sakinah masih nampak berkarisma dan cantik apabila rambutnya seakan lelaki. Bukan itu sahaja, netizen turut menyatakan bahawa Sakinah seorang yang berani mencuba sesuatu yang baharu terutama dalam fesyen mahupun gaya rambut.

Sumber: Sharifah Sakinah

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×