Meskipun masih berduka, penyanyi Shila Amzah mengumumkan dia dan personaliti media sosial, Ubai MZ akan meneruskan majlis pernikahan yang sudah dirancang.
Artikel Berkaitan: Mak Ubai MZ Meninggal Dunia
Artikel Berkaitan: Lagi Seminggu Je Mak’ – Shila Amzah Sedih Ibu Ubai MZ Tiada Di Hari Pernikahan
Doa urusan kami
Menerusi siaran langsung di TikTok, Shila memberitahu akad nikah mereka bakal berlangsung pada pagi Sabtu (5 Ogos). Penyanyi berumur 32 tahun itu memohon doa orang ramai agar urusan mereka dipermudahkan Allah SWT.
Kami akan nikah pada hari Sabtu ini, jam 9 pagi. Minta semua doakan supaya urusan kami berjalan dengan lancar. Sesiapa yang ingin menonton majlis nikah kami, boleh tonton di Youtube Shila dan TikTok Ubai.
Selain itu, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah mengakui dirinya tidak sekuat Ubai menempuh dugaan hilang ibu kurang daripada seminggu menjelang hari bermakna mereka.
Sejujurnya saya tak kuat tetapi saya kena kuat. Ubai lagi kuat daripada saya. Selama ini, saya dan Ubai tidak aktif di media sosial kerana memang berulang alik bekerja dan dalam masa sama menjaga mak.
Bukan senang tapi yang penting mak tak sakit dah. Walaupun mak bukan ibu kandung saya tetapi selama saya kenal, tak pernah dengar mak bercakap buruk pasal orang lain. Semoga segala kebaikan yang dilakukan akan membantu mak di negeri abadi.
Saya juga nak berterima kasih kepada semua yang datang semalam di masjid dan mengiringi mak ke tanah perkuburan.
Dalam pada itu, pelantun lagu Patah Seribu turut menitipkan kata semangat kepada pejuang kanser di luar sana.
Sesiapa yang sedang melawan kanser, stay strong.
Semalam, ibu kepada Ubai, Allahyarham Rohani Jamal, 52, menghembuskan nafas terakhir pada jam 6.45 petang di PPUM akibat kanser ovari dihidapinya sejak Disember tahun lalu.
Sebelum ini, Ubai dan Shila mengikat tali pertunangan pada 27 Mei lalu dalam satu majlis tertutup yang dihadiri ahli keluarga, saudara rapat dan kenalan.
Terdahulu, Shila yang juga ibu tunggal pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki Elias pada 2018 tetapi bercerai tahun lalu. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan anak lelaki, Seth Uwais, 4.
Sumber: TikTok