berita

‘One Of Them Nak Duduk Depan’ – Pemandu Grab Wanita Ini Kongsi Cerita Berdepan Penumpang Mabuk

September 10th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sejak belakangan ini, ramai anak muda tidak kira lelaki mahupun wanita membuat kerja sambilan sebagai alternatif mencari duit tambahan. Betul tak? Selain bekerja sebagai peniaga, salah satu pekerjaan part time yang semakin popular pada masa kini adalah menjadi pemandu Grab.

Walaupun pekerjaan ini lebih didominasi oleh kaum lelaki, ianya tidak menjadi penghalang buat gadis yang dikenali sebagai Aisyah Omran, yang turut menceburkan diri dalam pekerjaan tersebut. Menerusi Twitter Aisyah, dia berkongsi pengalamannya sebagai pemandu Grab wanita dan detik menerima dua orang penumpang berbangsa Cina yang mabuk ketika pulang dari kelab malam.

Kawasan kelab malam

Menurut Aisyah, kebiasaannya dia akan pulang ke rumah pada pukul 9 malam. Namun, pada suatu hari, ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumah, aplikasi Grab miliknya terpasang lalu dia mendapat tempahan dari pelanggan. Pada ketika itu, dia tidak meneliti lokasi pelanggan tersebut sehingga sampai barulah dia tahu pelanggan ini rupanya berada di kelab malam.

Walaupun pelanggannya berada di bawah pengaruh alkohol, kedua-dua lelaki berbangsa Cina itu masih waras untuk berkelakuan baik terhadapnya. Malah siap meminta maaf sekiranya Aisyah tidak selesa dengan mereka.

You tak ada boyfriend ka?

Tambahnya, mereka berdua sempat membuka topik perbualan supaya keadaan tidak terlalu kekok. Pada masa yang sama, mereka turut memberi nasihat kepadanya supaya pulang segera kerana hari sudah terlalu lewat untuk meneruskan pekerjaan tersebut memandangkan dirinya seorang wanita.

Mereka suka beri nasihat

Di ruangan komen, rata-rata netizen menyatakan sikap orang berbangsa Cina ternyata peramah. Mereka turut memuji keperibadian kedua-dua penumpang tersebut yang menghormati pemandu terutama gadis Melayu yang bertudung.

Sumber: Aisyah Omran

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×