Semalam, anak kepada Datuk Seri Vida iaitu Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamilleen telah menjadi bualan hangat netizen selepas dia berkongsi satu foto Oufit Of The Day (OOTD) di media sosial berserta harga setiap barangan yang digayakannya.
Artikel Berkaitan: Jam Mewah Siti Nurhaliza Di KLFW Jadi Tumpuan, Netizen Gali Harga Anggar Bernilai RM1.1 Juta?
Jam Cik B bernilai setengah juta
Menerusi foto yang dikongsikan, Cik B menggayakan pakaian dan aksesori dari pereka ternama antarabangsa. Baju berserta hoodie jenama Dior yang digayakan Cik B berharga RM14,400 manakala scarf jenama yang sama bernilai RM1,750. Cik B turut memadankan gayanya dengan sepasang kasut high cut Dior di mana harganya mencecah RM5,300.
Manakala bagi aksesori pula, Cik B memperagakan dua bentuk cincin jenama Versace dan Unbranded yang kedua-duanya bernilai RM106,300. Paling mencuri tumpuan ramai adalah jenama dan harga jam tangan yang digayakan anak usahawan terkenal Datuk Vida ini yang bernilai RM530,000 (Chopard).
Nilainya macam boleh beli sebiji rumah!
Melihat harga pakaian yang digayakan Cik B membuatkan netizen tergamam namun mereka tidak hairan kerana ibu kepada Cik B merupakan seorang usahawan terkenal bertaraf jutawan dan sememangnya mereka sangat berkemampuan. Dalam masa yang sama, mereka berseloroh mahu meminjam aksesori Cik B untuk sehari sahaja kononnya mahu merasa menggayakan barangan yang mahal. Malah tidak kurang juga ada yang berpendapat keseluruhan nilai pakaian Cik B RM657,750 seumpama mampu membeli sebuah rumah.
Difahamkan, gambar tersebut telah disunting oleh pemilik akaun Instagram Beast Lab sebelum dikongsikan semula oleh Cik B di akaun media sosialnya.
‘Alhamdulillah, rezeki Cik B’