Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan menahan dan mengambil tindakan terhadap individu yang memiliki banyak saman dan ada waran tangkap di sepanjang tempoh 10 hari Op Selamat ke-18 (Op Selamat 18) ini.
Gambar sekadar hiasan (Foto: MalayMail)
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mat Kasim Karim berkata, tindakan itu tidak diambil dalam tempoh ini kerana tugas pihaknya sempena Op Selamat adalah untuk melancarkan perjalanan pengguna balik ke kampung halaman.
Kita mahu semua pengguna dapat pulang ke kampung dengan selamat untuk meraikan hari raya memandangkan sudah dua tahun tidak boleh balik susulan perintah kawalan pergerakan (PKP).
Selain itu, pihak JSPT menggunakan alat bantuan teknologi Intelligent Compound Online Payment System (iCOPS) dan alat pengesan had laju In-Car Radar untuk mengesan kenderaan laju, tidak mengikut peraturan jalan raya termasuk individu yang ada rekod dalam pangkalan data kita dan mempunyai waran tangkap.
Namun, pihak kita tidak akan menahan mereka yang mempunyai saman yang banyak dan waran tangkap. Bukan fokus kita nak tangkap mereka dan alat itu (iCOPS dan In-Car Radar) lebih bantu kami untuk menjalankan tugas.
Pernah dilaporkan sebelum ini, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain dipetik berkata, sepanjang tempoh 10 hari Op Selamat, individu yang memiliki waran tangkap akan dibawa ke balai polis berhampiran, manakala yang memiliki saman tertunggak pula akan diminta menjelaskan saman mereka.
Katanya, polis akan mengoptimumkan penggunaan alat pengesanan had laju ‘In-Car Radar’ di sepanjang lebuh raya dan jalan raya utama sepanjang Op Selamat itu.
Tambah Mat Kasim lagi, polis akan menyantuni masyarakat bagi melancarkan perjalanan dengan bantuan Unit Kereta Peronda Polis (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) bagi membantu memudahkan pengguna di jalan raya.
Kita tidak akan menggunakan kuasa tertentu kerana matlamat Op Selamat untuk membantu melancarkan perjalanan di jalan raya di seluruh negara.
Untuk tahan pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan bukan pada masa Op Selamat atau hari raya.
Dalam pada itu, sebanyak lima unit iCOPS digunakan di seluruh negara termasuk di utara, selatan dan pantai timur. Pihak polis akan mengambil tindakan kepada individu terbabit dengan kes jenayah.
Sumber: Berita Harian