Pempengaruh media sosial dan usahawan, Opai merangkul anugerah ‘Malaysia Top Achievers 2025: Kecemerlangan Kepimpinan Dalam Pemasaran Pempengaruh’ di M Resort & Hotel, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: Cinta Opai Buat Fatin Afeefa Bertambah Setiap Hari – ‘Perkahwinan Kami Bukan Untuk Ditayang Pada Umum’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Opai Dedah Malaysia Bakal Anjurkan Perlawanan Tinju, Nama Jojo Ghazali Dipetik – ‘Yang Pasti Bukan Dia Sebab Selalu Kalah’

Rangkul anugerah berprestij

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, pemilik nama Aliff Awang meluahkan rasa bangga dengan kejayaan yang dirangkul setelah menerima pelbagai kata-kata negatif dari orang sekeliling.

Menurut Opai, pelbagai ujian yang dilalui untuk sampai ke tahap sekarang namun, suami kepada pelakon Fatin Afeefah itu memilih untuk tidak berputus asa.

Aku tak menang sebab aku paling kaya. Bukan sebab aku ada kabel. Aku menang sebab setiap hari aku pilih untuk tak putus asa.

Ramai yang datang dengan nama besar. Aku datang dengan parut. Aku pernah dihina, diketawakan, ditolak macam aku tak layak bermimpi besar.

Tapi aku diam, aku fokus, aku tak lawan dengan mulut tapi lawan dengan kerja.

Hari ini mereka kena belajar sebut nama aku dengan hormat.

Ini bukan trofi, ini bukti bahawa lelaki dari bawah boleh goncang negara.

Aku tak dibentuk oleh pujian, aku ditempa oleh tekanan.

Bangga dengan kejayaan anak melayu

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terharu membaca penulisan Opai yang menggambarkan kesusahan yang dilalui untuk mencapai ke tahap sekarang. Selain itu, warganet turut bangga dengan kejayaan wakil anak melayu yang boleh dijadikan sumber inspirasi buat remaja kini.

Sumber: TikTok @OpaiAlpiaw