berita

Operasi Sekatan Jalan Raya Berakhir, Petugas Barisan Hadapan Lega Dapat Rai Birthday Anak

June 10th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Jika sebelum ini Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador memberitahu sudah tiada keperluan pelaksanaan sekatan jalan raya (SJR) dilakukan kecuali di lokasi Op Benteng Covid-19 sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun hingga 31 Ogos ini.

Susulan daripada itu, kebanyakan petugas barisan hadapan yang terpaksa bekerja tanpa henti semasa Op Covid tersebut mampu menarik nafas lega apabila Op tersebut telah ditamatkan semalam.

Alhamdulillah

Menerusi laporan Harian Metro, Sarjan Azhar Ayub bersyukur apabila tugasnya semasa Op Covid sudah berakhir. Tambahnya, dia berpeluang menyambut hari lahir anak bongsunya yang ke-11 Jumaat nanti.

Dia sekadar mengingatkan saya supaya membeli hadiah hari lahir buatnya kerana dua abang dah beli. Dia bimbang jika saya bertugas lagi pada sambutan hari lahirnya. Saya beritahu tugas (Op Covid) selesai malam ini (tadi). Itu yang dia gembira sangat. Apabila dia gembira, hati saya pun tenang dan seronok.

Menurut Sarjan Azhar, anaknya iaitu Mohd Aniq Hanafi Azahar tidak henti menghubunginya sebaik mengetahui malam tadi adalah malam terakhir Op Covid selepas 85 hari bertugas tanpa henti. Sarjan Azhar merupakan salah seorang daripada 300 petugas yang berkhidmat semasa Op Covid di Alor Setar.

Menyimpan kenangan semasa bertugas

Di samping itu, Sarjan Azhar memberitahu bahawa sepanjang bertugas dia diraikan dengan kek ketika hari lahirnya pada 28 Mei lalu di SJR Plaza Tol Alor Setar Selatan. Ujarnya lagi, jururawat Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) turut hadir berkongsi kek dengan tulisan ‘TQ Frontliners’ buat mereka semasa hari terakhir Op semalam.

Saya berterima kasih kepada rakan polis dan tentera yang sanggup meraikan hari lahir saya ketika itu. Banyak kerenah orang awam yang kami hadapi bersama,” katanya yang menyifatkan Op Covid paling mencabar dan banyak kenangan sepanjang 34 tahun berkhidmat.

Sarjan Azhar yang juga merupakan Penolong Pegawai Penyiasat di Cawangan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar,  memaklumkan bahawa dia ditugaskan untuk memantau dua sekatan jalan raya yang dibuka sejak 18 Mac lalu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Foto hari terakhir Op Covid

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×