berita

Opie Zami Luruh Jiwa Mengarah Bapa Sendiri – ‘Goyang Lutut Saya Tau, Nak Sebut Action Pun Takut’

March 15th, 2024 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Pelakon, pelawak dan pengarah, Opie Zami tampil berkongsi pengalaman dirinya sewaktu mengarahkan sebuah filem yang turut dibintangi bapanya, Allahyarham Zami Ismail beberapa tahun yang lalu.

Artikel Berkaitan: Spanar Jaya Kembali Cuit Hati Penonton, Throwback Habis!

‘Direct’ ayah sendiri

Menerusi potongan video sesi podcast bersama ‘Santai Raksasa’, Opie atau nama sebenarnya Muhammad Saufi Zami berkata, dia berasa sangat gerun kerana perlu mengarah bapanya sendiri yang begitu berpengalaman dalam bidang lakonan.

Masa itu saya baru nak mengarah dan dalam masa yang sama, pihak ‘producer’ nak abah saya (arwah Zami) berlakon.

Goyang lutut saya tau, nak sebut perkataan ‘action’ pun saya takut-takut.

Menurut Opie, meskipun mereka mempunyai pertalian darah, bapanya itu tetap membahasakan dirinya sebagai ‘saya’ sewaktu berkomunikasi di set penggambaran.

Walaupun kami anak-beranak, ayah saya begitu profesional.

Sebagai contoh kalau dia nak suarakan pendapat dia akan cakap, ‘Maaf tuan pengarah, boleh tak saya nak bagi idea untuk sekian-sekian’.

Ayah saya memang seorang pelakon yang akan minta kebenaran daripada seorang pengarah tetapi bila dia cakap dan bahasakan diri dia sebagai ‘saya’, luruh jantung saya mendengarnya.

Tambah Opie, arwah bapanya itu juga sentiasa bersikap profesional sepanjang bekerjasama bersama.

Ada satu waktu itu pula saya terangkan pada dia, ‘Abah, karakter itu saya nak sekian-sekian tau’.

Terus dia jawab pada saya, ‘Tuan pengarah, saya dah ‘breakdown’ karakter saya ini dan akan lakukan begini-begini. Jadi apa pandangan tuan pengarah?’.

Dia sebagai ayah saya ‘present’ mengenai watak dan apa yang dia nak buat dengan saya. Arwah begitu profesional.

Video

@mr_bon888 Luruh jiwa mengarah ayah sendiri #OpieZami #MatRock #LesSekinchan #RaksasaManja ? bunyi asal – Mr Bon

Sumber: TikTok 

SKIP THIS AD ×