berita

OPR Naik Lagi 25 Mata Asas! Ini Yang Korang Perlu Tahu Dan Hadam Mengenai Situasi Ekonomi Negara!

November 4th, 2022 | by Intan Mahsuri
Kini Trending

Kenaikan Overnight Policy Rate (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.75% yang baru sahaja diumumkan Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini mendapat pelbagai reaksi masyarakat. Ada pihak yang menyokong tak kurang juga ramai yang mengkritik keputusan BNM tersebut.

Namun begitu, perlu korang tahu keputusan dibuat bukanlah secara membabi buta sebaliknya, ia dipengaruhi oleh banyak perkara dan tindakan yang diambil hanyalah untuk memastikan inflasi kekal rendah dan stabil bagi menyokong pertumbuhan ekonomi negara.

Banyak sebab OPR naik!

Walaupun ramai yang mengkritik kenaikan OPR tapi korang tahu tak yang kenaikan OPR merupakan tindak balas kepada ekonomi yang kini semakin pulih dan tidak lagi berada dalam krisis.

Bukan itu sahaja terdapat banyak faktor lain mengapa kadar OPR dinaikkan dan salah satu penyebab utama ialah kenaikan harga minyak dunia serta Perang Ukraine yang telah mengakibatkan rantaian bekalan global dan volatiliti pasaran kewangan banyak negara terjejas termasuklah Malaysia¹.

Kredit: Berita Harian

Bahkan, peningkatan kadar OPR bagi negara-negara maju lain berada pada kadar yang lebih tinggi dan berlaku dalam jangka masa yang singkat.

Tak percaya? Korang boleh rujuk carta grafik bank pusat dibawah.

Melalui carta ini korang boleh tengok sendiri bahawa bahawa Amerika Syarikat menaikkan kadar faedah mereka dengan begitu agresif dan ini merupakan salah satu punca kadar Ringgit Malaysia menyusut.

Kalau dilihat pada pertukaran mata wang bagi ringgit, nilai ringgit bertambah baik kepada mata wang Thailand (Thai Baht), Korea (Korean Won) dan lain-lain walaupun ia menyusut nilai kepada dollar AS.

Oleh sebab itulah, kadar OPR negara kita perlu dinaikkan untuk mengawal inflasi dan membantu perkembangan ekonomi negara.

Kalau BNM tak naikkan kadar OPR, negara akan mengalami inflasi secara mengejut dan besar-besaran, dan pertumbuhan ekonomi negara akan terbantut seperti negara Turki. Kita memang tak nak perkara tersebut berlaku.

Meskipun, kadar OPR naik, kenaikan ini dilaksanakan secara terkawal dan beransur-ansur. Cuba korang bayangkan jika kadar OPR dinaikkan tinggi dan mengejut, tak ke semua orang akan terkesan terutamanya golongan B40 dan M40? Nanti makin huru-haralah situasi ekonomi negara.

Mungkin sekarang korang masih belum nampak kesan kenaikan OPR pada ekonomi negara tetapi perkara ini bukanlah sesuatu pelik kerana pakar ekonomi negara sendiri menyasarkan kesan kenaikan OPR hanya dapat dilihat selepas sembilan bulan atau lebih kenaikan tersebut dilaksanakan.

Oleh sebab itu, kita tak boleh terlambat melaraskan kadar OPR. Kalau tidak inflasi mungkin meningkat secara mengejut dan OPR mungkin perlu dinaikkan dengan kadar yang lebih tinggi untuk mendapatkan kesan yang diingini.

Ringgit jatuh tapi ekonomi negara menunjukkan peningkatan!

Selain kenaikan OPR dipersoalkan, rakyat turut bimbang dengan kejatuhan matawang negara. Bagaimanapun, korang jangan la risau sebab walaupun nilai Ringgit Malaysia jatuh namun, ekonomi kita semakin membaik sekarang.

Jadi, tak hairan la shopping mall sekarang ramai orang. Setiap hari pun kita hadap jammed. Cuti sekolah nak pergi mana-mana pun hotel asyik penuh je kan?

Kredit: Berita Harian

OPR naik, kadar faedah simpanan tetap di bank-bank negara juga turut naik!

Disebalik kenaikan OPR dan kejatuhan ringgit Malaysia, kita sebenarnya perlu mengambil kesempatan untuk manambahkan tabungan kerana kadar FD yang ditawarkan sekarang tinggi. Hal ini disebabkan oleh dasar monetari BNM yang menetapkan setiap kali OPR dinaikkan, kadar faedah bagi pinjaman tetap turut akan naik secara automatik.

Gunakanlah kesempatan emas ini sebaiknya dan mulalah menyimpan melalui akaun simpanan tetap dimana-mana bank pilihan korang kerana kadar faedah yang jauh lebih tinggi berbanding sebelumnya.

Berikut ialah kadar faedah simpanan tetap terkini bank-bank di Malaysia.

 

Dasar monetari di Malaysia digubal dan dilaksanakan secara bebas oleh Bank.

Kredit: Kosmo

Semoga dengan perkongsian ini korang faham bahwa kadar kenaikan OPR perlu dan tidak dilakukan secara suka-suka melainkan atas pengaruh keadaan ekonomi dunia.

Semua keputusan yang diambil tidak melibatkan mana-mana pihak termasuklah parti-parti politik di negara kita mahupun kerajaan yang memerintah. Anggota Jawatankuasa Dasar Monetari terdiri daripada pihak yang menggabungkan pelbagai kepakaran dan pengalaman yang penting untuk membuat keputusan mengenai dasar monetari yang tepat dan menyeluruh, termasuk ahli-ahli luar BNM.

Ada segelintir pihak menyeru gomen campur tangan dalam peningkatan OPR, Ini bahaya! Banyak masalah boleh timbul seperti ketidak stabilan ekonomi dan menjejaskan keyakinan pelabur.

So, kita tak mahu la dasar monetari dialih keluar, kerana banyak masalah boleh timbul antaranya kestabilan harga barang terjejas, berlaku inflasi tinggi dalam tempoh yang panjang, pertumbuhan ekonomi merosot dan berada pada kadar rendah, kredibiliti dan reputasi bank pusat yang seterusnya dipersoalkan dan keyakinan pelabur asing untuk melabur di Malaysia menurun.

Maklumat lanjut berkaitan kenaikan OPR dan Bank Negara Malaysia ada di <https://www.bnm.gov.my/monetary-stability>

Rujukan:

(1) https://www.bnm.gov.my/-/monetary-policy-statement-06072022, https://www.bnm.gov.my/-/monetary-policy-statement-11052022, https://www.bnm.gov.my/-/monetary-policy-statement-08092022

(2) https://www.nst.com.my/business/2022/06/807435/mahb-sees-positive-international-traffic-recovery-across-all-network

 

SKIP THIS AD ×