Konsep Keluarga Malaysia diinspirasikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebaik sahaja beliau mula menerajui pantadbiran negara. Ianya bukanlah sekadar slogan kosong tetapi diwujudkan demi kepentingan rakyat Malaysia yang dah dianggap sebagai sebuah keluarga.
Konsep ini menerapkan tiga teras utama iaitu keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran dengan beberapa pengkayaan nilai-nilai murni di bawah tiga teras tersebut.
Ianya termasuk menyemai budaya intergriti dalam keluarga, menjadikan budaya amanah sebagai budaya keluarga, menjadikan prinsip keadilan sebagai teras pengukuhan keluarga serta menjadikan amalan bermusyawarah sebagai amalan keluarga.
Namun apa agaknya makna Keluarga Malaysia buat rakyat Malaysia sendiri? Haa.. Jom kami kongsikan erti Keluarga Malaysia bagi beberapa orang individu yang sempat kami temu bual.
Gambarkan keperpaduan rakyat Malaysia – Syamirul, 24
“Pada saya Keluarga Malaysia menggambarkan keperpaduan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa, agama dan kaum.
“Nilai-nilai murni yang tersemai dalam konsep ini akan menjadi tunjang bagi melahirkan sebuah Keluarga Malaysia yang makmur berasaskan kepercayaan, perpaduan serta toleransi.”
Tambahnya lagi, Keluarga Malaysia adalah salah satu contoh keprihatinan kerajaan kepada rakyat yang sentiasa sedia berkhidmat untuk mereka.
Kita saling melengkapi – J.V, 22
Buat J.V, erti Keluarga Malaysia yang sebenar buatnya adalah kesepakatan rakyat Malaysia yang sentiasa sedia membantu satu sama lain dikala memerlukan.
“Contohnya, ketika banjir melanda beberapa kawasan di Malaysia tak lama dahulu agensi kerajaan dan individu dari pelbagai latar belakang saling bekerjasama dan menawarkan bantuan bagi memastikan kebajikan mereka yang terjejas terjaga.
“Situasi seperti ini, membuatkan saya sedar bahawa walaupun kita mempunyai kepercayaan yang berbeza namun sifat kemanusiaan yang ada menjadikan kita Keluarga Malaysia yang saling melengkapi”
Mampu jadikan negara maju dan sejahtera – Kimm, 25
“Keluarga Malaysia pada pandangan saya adalah satu aspirasi yang bukan sahaja mendorong perpaduan rakyat tetapi juga menunjukkan keseriusan kerajaan dalam menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dan sejahtera.
“Usaha ini perlu diteruskan dan diperluaskan kefahamannya kepada seluruh masyarakat termasuk luar banda agar kita semua dapat maju bersama.”
Cubit peha kiri, peha kanan terasa
Dalam satu kenyataan kepada Harian Metro Ismail Sabri berkata “Konsep dan pendekatan Keluarga Malaysia bukanlah sesuatu yang sukar untuk dihadam kerana ia sebenarnya berlandaskan nilai-nilai sedia ada yang kita miliki dalam sebuah keluarga.
“Jika ada anggota keluarga yang kesusahan, anggota yang lain turut merasakannya ibarat tercubit paha kiri, paha kanan pun berasa sakit.”
Ujarnya lagi, sebagai kerajaan sudah menjadi tanggungjawab untuk sentiasa menyuburkan semangat perpaduan, menyuntik nafas segar dalam kesatuan dan mencari titik persamaan dalam kepelbagaian melalui konsep Keluarga Malaysia dan tasamuh.