berita

‘Orang Cina Malaysia Bukan Tetamu’ – Syed Saddiq Bidas Kenyataan ‘Pedas’ Dr Zakir Naik

August 15th, 2019 | by Amat
Isu & Kontroversi

Kenyataan kontroversi dari penceramah India, Dr Zakir Naik di sebuah program di Stadium Sultan Muhammad VI, Kota Bharu telah mengundang pelbagai reaksi. Kenyataan kontroversi terhadap kaum Cina dan India di negara Malaysia itu telah menyebabkan beberapa pihak tampil bersuara.

Menteri Belia Dan Sukan, YB Syed Saddiq dan beberapa rakan kabinet yang lain tampil menyokong gesaan supaya kerajaan menghantar Dr Zakir Naik pulang ke India.

Sebelum saya datang, Cina adalah tetamu

Mengambil petikan dari laporan MalaysiaKini, kenyataan yang dibuat Dr Zakir Naik mengenai Cina dan India dianggap sebagai pendatang dan mereka dianggap sebagai tetamu baru.

Malaysia menjadi Muslim sepenuhnya. Kemudian Cina datang, India datang, orang Inggeris datang. Mereka adalah tetamu baru kita. Kamu tahu tak yang ada orang yang panggil saya seorang tetamu? Jadi saya kata, sebelum saya datang, kaum Cina adalah tetamu.

Jika kamu mahu tetamu baru keluar dulu, minta tetamu lama pulang. Kaum Cina, kebanyakan dari mereka tidak lahir di sini, mungkin generasi baru, ya lahir di sini.

Jika kamu mahu tetamu itu pulang, dan tetamu lain yang membawa keamanan dalam sesuatu komuniti tersebut, mereka tetamu itu membawa manfaat kepada keluarga itu.

Cukuplah perlekehkan kesetiaan kita

YB Syed Saddiq menerusi akaun Twitter rasminya memberi respon dan menegaskan kenyataan dari Dr Zakir Naik terhadap kaum Cina dan India di Malaysia itu. Tambah Menteri Belia dan Sukan ini lagi, dia turut menyifatkan kesetiaan dan pengorbanan seluruh rakyat Malaysia di negara ini.

Ya, serangan ke atas saudara Cina dan India merupakan serangan ke atas semua rakyat Malaysia.

Sumber: Syed Saddiq, Sinar, MalaysiaKini

SKIP THIS AD ×