berita

‘Orang Ingat Kami Kaya dan Tak Pernah Susah’ – Almy Nadia Kecewa Tiada Siapa Muncul Ketika Susah

February 13th, 2018 | by Shafika
Kini Trending

Beberapa jam yang lalu pelakon manis Almy Nadia telah memuatnaik satu gambar dengan caption yang penuh beremosi. Berdasarkan kepada status tersebut jelas menunjukkan bahawa Almy bengang dengan sikap mereka yang tidak mahu menolong dia dan suaminya, Fizz Fairus ketika berada dalam kesusahan.

Dalam status tersebut Almy menyatakan bahawa suaminya sengaja memuatnaik gambar keretanya yang rosak untuk melihat siapa yang ingin membantunya. Namun perkara tersebut sia-sia kerana tiada siapa pun yang tampil memberi bantuan.

‘Orang ingat kami ni kaya dan tak pernah susah’

 

Status yang dimuatnaik itu telah mendapat like sebanyak 4,221 dengan komen yang turut sama meluahkan rasa dan berkongsi kisah kecewa masing-masing.

‘Masa ni baru tau siapa kawan’

Ada juga followers Almy yang memintanya untuk bersabar. Saat macam ni lah baru kita boleh kenal siapa yang betul-betul ikhlas berkawan atau sebaliknya.

‘Tak salah pun kalau call siapa-siapa minta tolong’

Namun ramai juga yang menyatakan bahawa tidak salah sekiranya Fizz Fairuz menelefon sesiapa untuk meminta bantuan kerana mungkin ketika itu semua orang sedang sibuk bekerja.

Credit: almynadia86

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×