Kalau sebut negara China, kami pasti ramai yang tahu negara ini bukanlah satu negara yang mesra pelancong. Mungkin kerana kepadatan penduduk di negara ini yang merasakan tidak memerlukan kunjungan dari pelancong luar. Kali ini seorang wartawan Vice News dedah sisi gelap disebalik ibukota Wilayah Autonomi Xinjiang Uyghur yang membuat kami tergaman.
Buat pengetahuan semua di daerah ini mempunyai dua puak iaitu Han dan Uighur (orang Islam). Apa yang menyedihkan apabila kerajaan meraka mahu melenyapkan penduduk Islam di daerah itu. Malah mereka turut mengintip setiap aspek kehidupan penduduk di situ dengan memasang beratus CCTV. Ikuti perkongsian berani dari wartawan ini.
Negara China lenyapkan Muslim?
Krew kami mengalami pengawasan dan gangguan Orwellian China secara langsung semasa mereka di Xinjiang, dan berjaya merakam menggunakan kamera tersembunyi.
Lapan lelaki Uighur ditahan oleh polis pada pertengahan malam. Kami bercakap dengan ahli komuniti Uighur mengenai pengalaman mereka di kem-kem tersebut, dan mengenai usaha China untuk membungkam sejarah dan gaya hidup mereka di bawah penutup kegelapan.
Di dalam temubual bersama penduduk Xianjiang tempatan, masing-masing takut untuk membuka mulut. Pada minit ke 6, individu yang dipercayai puak Han Cina menyatakan dengan jelas dia tidak bercampur dengan puak Uighur (penduduk Islam) atas faktor keselamatan. Malah mereka akui puak ini dikumpulkan dan diletakkan dalam kem kerana tidak mahu hak sama rata dengan kaum Han.
Paling mencemaskan apabila wartawan ini ditahan oleh pihak polis selepas menemu bual penduduk tempatan di sana dan akhirnya mengambil keputusan untuk pulang atas faktor keselamatan.
Tangkap orang setiap malam
Wartawan itu terbang ke Istanbul dan menemui beberapa penduduk yang asal berasal dari Xinjiang Uyghur yang merupakan bekas tahanan. Mereka berkongsi pengalaman perit sepanjang berada di sana.
Mereka tangkap orang setiap malam. Mereka mahu lenyapkan puak Uighur tanpa dapat dikesan. Kami disuruh menyanyi 3 lagu untuk mendapatkan makanan.
Menurut salah seorang tahanan, akibat tidak menyanyi lagu itu dia diikat dan diseksa. Tambahan mereka disuruh bercakap bahasa mereka, makan babi dan ikut arahan mereka. Lebih menyedihkan apabila kerajaan China mahu menukar budaya dan agama mereka kepada format mereka.
Uighur Islam terpaksa dikumpulkan dan diletakkan di dalam kem
Dalam tempoh dua tahun yang lalu, kira-kira 1 juta orang Uighur Islam telah diletakkan di dalam “re-education camps”. Agak sukar untuk kami membuat liputan laporan dari tanah air Uighur di rantau Xinjiang barat laut China.
Bayangkan semua wartawan diikuti di mana sahaja mereka pergi dan dihalang daripada melawat tempat-tempat tertentu atau bercakap dengan penduduk tempatan.
Teknologi paling maju untuk mengawal
Kami terpaksa menjadi pelancong dan menyelit kamera tersembunyi. Apa yang kami saksikan adalah sebuah negara Orwellian State yang tidak sama dengan tempat lain dalam bumi ini.
Kami terkedu bagaimana kerajaan China menggunakan teknologi pengawasan yang paling maju di dunia untuk mengintip setiap aspek kehidupan Uighur, dan bagaimana lelaki Uighur dibawa oleh polis pada pertengahan malam.
Sumber : Vice News