berita

Tiada Subsidi Elektrik Untuk Golongan Isi Rumah Mewah

December 3rd, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Golongan isi rumah mewah yang mempunyai bil elektrik bulanan RM20 ke bawah perlu membayar bil berkenaan mulai bulan depan. Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2019 peringkat Jawatankuasa bagi kementeriannya di Dewan Rakyat.

Selari dengan dasar kerajaan

Menerusi laporan Harian Metro, beliau berkata, subsidi elektrik hanya khusus buat golongan miskin dan miskin tegar. Ianya selari dengan dasar kerajaan menyalurkan subsidi elektrik secara bersasar.

Ada juga kondominium mewah, rumah teres besar dan banglo mencatat bil elektrik kurang RM20 sebulan dan itu berlaku kerana mereka selalu tiada di rumah.

Mulai bulan depan, mereka perlu membayar bil elektrik walaupun kurang RM20 kerana tidak termasuk dalam golongan sasar yang menikmati subsidi sedemikian.

Penyaluran subsidi bersasar hanya dikhususkan kepada golongan miskin dan miskin tegar yang berdaftar dengan program e-Kasih.

Laporan penuh akan diumumkan esok

Tambah beliau lagi, laporan penuh dan hasil kajian berhubung status operasi loji Lynas akan diumumkan esok. Pada 28 November lalu, kementerian sudah menerima laporan Jawatankuasa Eksekutif Penilaian Operasi Lynas Advance Material Plants (LAMP).

Kita sedang meneliti laporan dan kenyataan media mengenainya akan dikeluarkan esok.

Orang ramai boleh mengakses laporan berkenaan mulai jam 4 petang.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×