Nur Nilam Ortiz mengesahkan sudah bercerai dengan suaminya iaitu pelakon, Azlan Komeng. Wanita itu memberitahu bakal hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada Khamis bagi membuat pengesahan lafaz cerai.
Artikel Berkaitan: Sah! Ira Kazar & Syamsul Tak Bercerai – ‘Mereka Bahagia Cuma Tak Post Di Media Sosial’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dikutuk Sebar Aib Suami Berzina Dengan Penyondol, Isteri Azlan Komeng Tampil Buka Mulut
Nur Nilam, Azlan Komeng dah cerai
Berita perceraian itu dimaklumkan sendiri oleh Nur Nilam menerusi satu perkongsian video di akaun TikTok. Walau bagaimanapun, wanita berusia 45 tahun itu tidak memberitahu punca perpisahan mereka namun seakan memberi bayangan ianya adalah disebabkan orang ketiga yang digelar sebagai ‘pelacur peribadi’ (PP).
Saya dan Komeng sudah bercerai. Tapi kena tunggu Khamis akan ke mahkamah untuk sahkan lafaz cerai sebab lafaz dibuat di luar mahkamah.
Aku rasa kau (orang ketiga) dah boleh buat persiapan majlis kesyukuran sebab kau teruja nak jadi isteri kepada artis. Aku doakan korang bahagia, supaya Allah memberi hidayah kepada korang.
Dalam pada itu, Nilam turut memberi bayangan mendakwa wanita itu pernah menjalinkan hubungan dengan Azlan sebelum dia berkahwin.
Setahu aku sebelum wujud kau, Komeng dah ada isteri tetapi kemudian cerai. Selepas itu dia berkahwin dengan aku, tetap tak ambil kau jadikan isteri. Boleh ke dari title PP menjadi isteri?
Untuk rekod Azlan dan Nilam mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022.
Sumber: TikTok Nur Nilam