Salam Ramadan semua! Sambil berpuasa, korang jangan lupa jaga kesihatan mulut tau. Mulut yang sihat dan segar ni penting supaya korang selesa untuk berpuasa dan menyambut raya yang bakal tiba.
Bukan kena jaga kebersihan mulut je, kata-kata tu pun kena jaga. Dah la Ramadan dan raya tahun ni tak dapat balik kampung. Mesti ramai sensitif. Tapi kita kena berusaha menyambutnya lebih baik dengan mulut yang segar okay?
Sebab tu kami nak ajak korang tengok cara orang Malaysia jaga mulut diorang supaya kekal segar sepanjang Ramadan dan Raya ni. Siap guna loghat pulak tu. Loghat ni buat kita makin rindu dengan keluarga dan makanan di kampung. Unik wei!
Bulan puasa mesti nak makan macam-macam!
HARITH (KUALA LUMPUR): Hi everything! How are you~
MISHA (MELAKA): Rindu ehh…..Eleleh…
HARITH (KUALA LUMPUR): Hehe. Saja rindu dengar loghat korang. Lagipun, aku ni kering idea. Tak tau nak makan apa untuk buka puasa.
MISHA (MELAKA): Eh. engkau semue tau kan Bazau Ghamadhan dah ade.
ARIF (SARAWAK): Uish, mun dpt bbuka ngan mee kolok pun nyaman tok.
Bulan puasa mesti la nak makan macam-macam waktu berbuka. Paling dinantikan ramai semestinya Bazar Ramadan. Korang pun mesti nak cari makanan terkenal kat kampung halaman korang kan?
Makan macam-macam nanti mulut berbau!
FAIZAH (KEDAH): Weh Mukhriz! hang ni pasepa? Awat diam ja?
MUKHRIZ (KELANTAN): Kawe ngide sangat nok make nasi kerabu dengan budu tu. Tapi tu lah. Kalu make kot ni gok, nanti mulut wak-wak bau busuk.
La.. Mukhriz dari Kelantan teringin betul nak makan nasi kerabu. Tapi takut pulak nak makan macam-macam. Tiba-tiba mulut berbau kang. Sakit gigi pulak nanti.
Dah sedia semua untuk raya, tapi persiapan mulut tak sedia lagi
TIRA (JOHOR): Bukan main ek ada girlpreng sekarang. Makan nasi minyak ke kita raya ni? Haha.
AIDIL (PAHANG): Sebek pasey raye, keh nih doh siak-siak gosok baju raye sambey pasang lagu “balek kampong” tau.
IKRAM (SABAH): Ish! Ndak ada bah. Kan kita semua mau sambut raya esok. Hmm, aku sudah sediakan semua untuk raya tapi rasa persiapan mulut belum ready, risau bah aku. Apa aku mau buat ni?
Memang tak dinafikan ramai tak sabar nak sambut raya nanti. Ikram dari Sabah dah sediakan semuanya untuk raya. Tapi persiapan mulut tak siap lagi. Tak yakin pulak nak berbual dengan orang raya nanti.
Jadi, macam mana nak pastikan kesihatan mulut terjaga dan kekal segar sepanjang Ramadan dan raya ni?
Perlindungan mulut yang lengkap dengan LISTERINE® sepanjang Ramadan & Raya
ARIF (SARAWAK): Ohh kenak mok irau indah? Kita kan ade nok listerine. Kamek mok pdah gan kitak, stakat berus gigi memang sik chukup. Bakteria agek bertapok dalam mulutnya.
ZARUL (NEGERI SEMBILAN): Hek eleh, takdo hal aa. Kumo yo pakai listerine, lari la kuman tu. Solosai.
AINA (PERAK): Benor le! Pakai Listerine pun udoh boleh ngalo 99.9% kuman dalam mulut kome tu.
Haa.. Gunakan je pengkumur mulut LISTERINE® sepanjang Ramadan dan raya ni. Benda ni wajib ada kat rumah korang. Sediakan siap-siap tau!
Korang tahu tak? Rutin penjagaan mulut yang baik dengan merangkumi LISTERINE® sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Kenapa?
Sebabnya, memberus gigi hanya membersihkan 25% daripada mulut korang. Maknanya ada 75% lagi kawasan yang tak dapat kita bersihkan hanya dengan berus gigi. Memberus gigi tidak dapat membersihkan ruang di celah gigi, kawasan di bawah gusi dan bakteria di lidah dan pipi.
SYIFA (TERENGGANU): Betul. Mung kena komor 30s tau! Sambil sambil tu buleh mandi macam seniman bujang lapok, buh air je kat mate. Hehe.
IZNI (PENANG): Hangpa jangan kumoq hari ni saja. Tiap-tiap hari kena tau. Kalau tak, kuman syok dok dalam mulut main “chak-chak”.
Justeru itu, kalau nak seluruh mulut bersih dan sihat, gunakan pengkumur mulut LISTERINE® dua kali sehari selepas memberus gigi. Kumur selama 30 saat pada setiap kali tau. Baru la mulut terjamin bersih dan bebas bakteria.
Bagusnya pasal pengkumur mulut LISTERINE® ni, boleh basmi 99.9% kuman* dalam mulut. Jadi, kesihatan mulut dapat dipelihara dan terjaga. Bila mulut sihat, baru la terasa segar sepanjang Ramadan dan Syawal ni.
*kuman penyebab bau mulut, plak dan masalah gusi
Makan makanan tempatan puas-puas, nak cakap loghat sendiri pun yakin!
SHAHRIL (PERLIS) Haa..chak-chak juga. jangan lupa soalan pemes raya makcik bawang tiap-tiap tahun, “Hang bila nak kahwin”
SYIFA (TERENGGANU): Dakpe, kite tunjuk je gigi gini..
HARITH (KUALA LUMPUR): Yelah.. Kalau nak mulut sihat, nak makan apa pun no problem ah!
MUKHRIZ (KELANTAN): Okay deh! Nanti kawe paka Listerine ni hari-hari. Nanti rayo kito jumpo deh. Kito jumpo maso rayo.
Mulut bukan sahaja akan terasa lebih segar dan bersih selepas menggunakan pengkumur mulut LISTERINE®, tetapi kesihatan mulut juga akan turut terjaga. Boleh la makan macam-macam makanan yang korang suka. Nak jumpa orang pun tak segan.
Malaysia memang kaya dengan keunikan loghat yang ada. Seronok jugak dengar mereka ni sembang dengan loghat masing-masing. Terasa duduk kat kampung. Teringat pulak kat family dengan makanan sedap di kampung. Ala, rindunya kampung halaman!
Jangan lupa jaga kebersihan mulut korang pada setiap hari. Gunakan pengkumur mulut LISTERINE® di sepanjang Ramadan dan raya ni agar mulut berbau wangi dan sentiasa segar!
Untuk info lebih lanjut, klik sini ya.
Jom tengok orang kita bersembang guna loghat tentang tips penjagaan mulut dengan video di bawah ni: