berita

Orang Lelaki Pun Tak Selamat! Kes Gangguan Seksual Makin Meningkat

December 6th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Ingatkan golongan wanita sahaja yang perlu berhati-hati tapi rupanya golongan lelaki pun sama tak selamat dah sekarang ni kalau berjalan di luar.

Mana taknya, Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) melaporkan bahawa pihak mereka menerima banyak aduan mangsa gangguan seksual melibatkan golongan lelaki. Biar betul?

Artikel Berkaitan: ‘Badan Awak Sedaplah, Boleh Tak Nak…’ – Hariz Hamdan Dedah Pernah Diganggu Kaum Lelaki

1486 aduan dicatatkan

Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu Datuk Aiman Athirah Sabu, sebanyak 1486 kes aduan berkaitan gangguan seksual diterima pihak kementeriannya menerusi PSSS sepanjang tempoh 14 siri Program Jerayawara Kasih KPWKM@Advokasi Antigangguan Seksual diadakan.

Daripada jumlah itu, sebanyak 411 kes (27.7 peratus) melibatkan mangsa lelaki.

Susulan itu, Aiman Athirah memaklumkan bahawa Program Jerayawara yang diadakan ini sedikit sebanyak mampu mengelakkan gangguan seksual di rumah dan tempat kerja sekaligus meningkatkan lagi tahap kesedaran dan pemahaman berkaitan gangguan seksual.

Bagi memastikan gangguan seksual difahami dan meningkatkan kesedaran, Kementerian Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah melaksanakan Program Jerayawara Kasih KPWKM@Advokasi Antigangguan Seksual di 14 negeri melibatkan 19,423 peserta terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Sebanyak 54 program advokasi telah dilaksanakan dengan pelbagai pihak termasuk Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam dan Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) melibatkan 9,354 peserta.

Selain itu, promosi serta hebahan juga diperluas melalui media sosial dan media massa melibatkan seramai 3.5 juta pendengar, penonton dan pembaca.

Untuk rekod, pihak PSSS telah menerima 1,213 laporan daripada mangsa gangguan seksual sepanjang 12 siri Program Jerayawara sejak dilancarkan Mei lepas dengan 351 orang atau 28.9 peratus merupakan golongan lelaki pada 29 Oktober lalu.

Sumber: Buletin TV3

SKIP THIS AD ×