berita

Saksi Kelapan Dakwa Temui 90 Gambar & 3 Video Lucah Dalam Telefon Bimbit Ebit Lew

January 10th, 2024 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Saksi kelapan bagi kes kes dakwaan gangguan seksual melibatkan pendakwah bebas, Ebit Lew iaitu Juruanalisis Unit Siasatan Jenayah Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Inspektor Yip Chang Ching mendakwa terdapat 90 gambar dan tiga video berunsur lucah ditemui dalam telefon bimbit yang didaftarkan atas nama pendakwah berkenaan.

Artikel Berkaitan: Hasil Analisis Telefon Bimbit Ebit Lew Dapati Ada 936 Tangkap Layar Sejarah Layari Laman Web Lucah

17 gambar kemaluan lelaki

Memetik laporan Sinar Harian, Chang Ching memaklumkan perkara tersebut ketika Timbalan Pendakwa Raya, Zahidah Zakaria memintanya untuk memberitahu hasil analisi yang dilakukannya terhadap pemacu kilat yang mengandungi fail yang diekstrak daripada telefon bimbit tersebut.

Menurut Chang Ching, telefon bimbit berkenaan telah pun didaftar serta digunakan oleh penama yang menggunakan e-mel [email protected] berserta dua nombor telefon.

Dalam telefon bimbit ini saya telah menemui 90 gambar dan tigo video yang disyaki berunsur seksual seperti gambar menampakkan kemaluan lelaki, buah dada perempuan dan lain-lain.

Tambah Chang Ching, terdapat 17 keping gambar daripada 90 gambar tersebut adalah kemaluan lelaki.

Dalam pada itu, pihak mahkamah meminta Chang Ching menjelas mengenai laporan analisis daripada LGMS terhadap telefon bimbit tersebut berdasarkan carian kata kunci terhadap nombor telefon Ebit dan pengadu.

Walau bagaimanapun, Chang Ching menjelaskan bahawa tiada sebarang mesej atau media seperti dokumen, pautan dan gambar yang dijumpai.

Terdapat dua panggilan keluar yang dijawab selama 136 saat dan 1,346 saat pada tarikh 1 Mei 2021 jam 7.28 pagi dan pada tarikh 20 Mei 2021 jam 7.50 pagi.

Walau bagaimanapun tiada sebarang mesej perbualan yang membawa maksud kemungkinan telah pun dipadam dan tiada ‘backup’ dalam telefon bimbit tersebut.

Oleh itu, data yang dikeluarkan didapati tidak menjumpai sebarang mesej perbualan antara kedua-dua telefon tersebut.

Chang Ching turut memaklumkan bahawa analisis yang dilakukan kemudiannya disimpan ke dalam almari besi sementara menunggu pegawai penyiasat untuk mengambilnya pada 10 Januari 2023.

Sekadar info, Ebit kini berdepan dengan 11 pertuduhan antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berusia 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021.

Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan sekiranya Ebit didapati bersalah, pendakwah bebas itu bakal berdepan hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sumber: Sinar Harian

SKIP THIS AD ×