berita

‘Orang Macam Tu Takkan Mengaku Salah, Nak Cari Jalan Untuk Twist Supaya Orang Lupa Kisah Mereka’ – Rita Rudaini

April 3rd, 2024 | by Alia
Kini Trending

rita

Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba timbul dakwaan pelakon dan penyanyi Bella Astillah mempunyai hubungan cinta bersama seorang pelakon baharu iaitu Muaz Zabir.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tersebar Foto & Perbualan Mesra Didakwa Bella Astillah & Muaz Zabir, Netizen Minta Jangan Fitnah – ‘Nampak Macam Edit Je’

Artikel Berkaitan: ‘Awak Tak Peduli Pun Perasaan Bekas Isteri & Anak-Anak Dia Dulu, Sekarang Awak Disondol Balik’ – Rita Rudaini

Kata-kata semangat

rita

Terbaharu, pelakon Rita Rudaini dilihat memberi kata-kata semangat kepada Bella menerusi hantaran di Instagram Story (IG) sebentar tadi.

Menurut Rita, pihak yang menyebarkan tentang perkara tersebut didakwa mempunyai niat yang tidak baik terhadap Bella.

Bella jalan terus, yakinlah Allah ada dengan awak.

Orang yang dikejar bayang-bayang ini memang akan cuba sedaya upaya sehabis mungkin untuk membuat macam-macam cerita. Takkan habis sebab bayang-bayang itu akan kejar dia orang sampai kiamat. Chill je.

Bella nikmati hidup awak dengan anak-anak. Orang macam tu memang sampai kiamat pun takkan mengaku salah, lagi nak cari jalan dan cuba nak cari geng untuk twist supaya orang lupa kisah mereka.

Tuhan tu maha adil.

Rita atau nama penuhnya Rita Rudaini Mokhtar turut menasihati aktres kecil molek itu supaya mengendahkan khabar angin dan terus menjalani kehidupan serta bergantung sepenuhnya kepada Allah SWT.

Satu pesan saya, jaga amanah Allah sehabis baik. Tak payah risau tak ada pasangan untuk jaga kita sehingga tua kerana kita ada yang lebih hebat yang sentiasa menjaga kita sampai bila-bila iaitu Allah yang maha pengasih.

Jalan terus Bella, jangan risau luka awak Allah yang akan ubati.

Tinjauan OhBulan! mendapati Bella juga mengulang siar (repost) hantaran tersebut di akaun IG miliknya.

Terdahulu, tersebar foto mesra yang didakwa mirip Bella dan Muaz. Bukan itu sahaja, tangkap layar perbualan romantis mereka juga turut dimuat naik di TikTok.

Bagaimanapun, rata-rata warganet berkata tindakan menyebarkan dakwaan tersebut dilakukan adalah semata-mata untuk menjatuhkan reputasi Bella dan Muaz.

Sumber: IG Rita Rudaini

SKIP THIS AD ×