berita

[VIDEO] Tersebar Foto & Perbualan Mesra Didakwa Bella Astillah & Muaz Zabir, Netizen Minta Jangan Fitnah – ‘Nampak Macam Edit Je’

April 3rd, 2024 | by Shahira
Kini Trending

Nama pelakon dan penyanyi, Bella Astillah menjadi perhatian ramai susulan dakwaan mempunyai hubungan cinta bersama seorang pelakon baharu dikenali sebagai Muaz Zabir.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Walaupun Rasa Down, Sunyi, Sakit Hati, Kecewa & Hancur…Anak-Anak Sumber Kekuatan Bella’

Foto, perbualan mesra tersebar?

Khabar angin itu tercetus susulan tularnya beberapa foto mesra yang didakwa mirip Bella dan Muaz. Tidak terhenti di situ, menerusi perkongsian di akaun TikTok Edisi Umat turut memuat naik tangkap layar perbualan romantis yang didakwa terjadi antara kedua-dua pelakon itu.

Perbualan tersebut didakwa berlaku sekitar Oktober 2023, malah terlihat kedua-dua individu itu berbalas mesej dengan menggunakan kata-kata romantis seperti pasangan kekasih.

Dalam pada itu, rata-rata wargamaya tidak percaya dengan khabar angin tersebut sebaliknya mereka yakin bahawa perbualan yang tular itu telah disunting oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Menurut mereka, foto tersebut diambil ketika Bella dan Muaz melakukan penggambaran bagi sebuah drama. Bukan itu sahaja, mereka menyifatkan perkara tidak bermoral itu dilakukan hanya untuk menjatuhkan imej Bella dan Muaz.

Susulan daripada itu, wargamaya meminta agar semua pihak berhenti menaburkan fitnah terhadap Bella selain menunggu isteri kepada pelakon Aliff Aziz itu memberi penjelasan berhubung khabar angin tersebut.

Tular di TikTok

@edisiumat Sekarang baru faham kenapa. Ni baru tunjuk sikit……. Visit bio #bella #playvictim? #alifaziz #alifazizbella #curang #skandal #fyp #trend ? Sayang Sampai Mati – Repvblik

Sumber: TikTok Edisi Umat

SKIP THIS AD ×