Sambutan Hari Kemerdekaan diraikan dengan pelbagai cara oleh rakyat Malaysia.
Nak buat macam mana? Malaysia terkenal dengan keunikan rakyatnya yang berbilang bangsa. Maka, tak hairanlah setiap rakyat ada cara yang tersendiri untuk menunjukkan semangat cinta akan negara mereka.
Itulah kelebihan Malaysia. Sambutan kemerdekaannya luar biasa dan penuh kreatif.
Aktiviti-aktiviti ini memang popular sepanjang bulan kemerdekaan!
Jika nak diceritakan, sebenarnya ada banyak sangat aktiviti yang dilakukan oleh rakyat kita sepanjang bulan kemerdekaan.
Berikut, merupakan beberapa aktiviti yang popular dalam kalangan rakyat kita sepanjang bulan kemerdekaan. No 2 tu memang legend. Kadang-kadang siap ada pertandingan!
1. Nyanyi lagu patriotik.
Aktiviti nyanyi lagu patriotik ini tersangat la popular di Malaysia terutamanya di sepanjang bulan kemerdekaan.
Mesti ramai di kalangan korang yang naik kenderaan awam seperti bas Rapid, MRT, LRT dan Monorail kena menyanyi lagu Negaraku di stesen kenderaan awam tersebut, betul tak?
Itulah keunikan sambutan bulan kemerdekaan di negara kita, Malaysia. Lagu-lagu patriotik akan kerap berkumandang di mana-mana sahaja tanpa mengira waktu. Oleh itu, nyanyikanlah lagu tersebut dengan penuh semangat dan rasa hormat.
2. Hias rumah dan kereta dengan bendera Malaysia.
Selain menyanyikan lagi patriotik, aktiviti ini antara aktiviti yang mendapat sambutan hangat dalam kalangan rakyat kita.
Aktiviti yang dimaksudkan tak lain tak bukan, aktiviti menghias rumah dan kereta dengan bendera Malaysia ni memang cukup digemari oleh golongan mak-mak dan bapak-bapak-bapak kita.
3. Melawat bangunan bersejarah.
Penangan bulan kemerdekaan ni lain macam sikit, pada masa inilah ramai ibu bapa ambil kesempatan bawa anak-anak melawat bangunan bersejarah.
Selalunya semasa sepanjang sambutan bulan kemerdekaan ni banyak betul soalan anak. Tambahan pula, jika kita bawa anak tengok perarakan hari merdeka, bertambah-tambahlah soalan yang ditanya diorang.
Justeru itu, ramai golongan muda, ibu bapa menggunakan peluang yang ada bawa anak-anak pergi untuk merasai dan melihat sendiri bangunan-bangunan hasil tinggalan sejarah negara kita.
4. Tonton drama atau filem patriotik.
Kalau cerita pasal drama atau filem patriotik, korang kena tengok drama bersiri berjudul “366” oleh Petronas sempena bulan merdeka ni.
Memaparkan kisah bagaimana rakyat Malaysia begitu kuat, tabah dan teguh bersama ini sungguh menyayat hati. Pengorbanan demi pengorbanan, Namun mereka bangkit demi peluang kedua dan permulaan yang baru. Ini la semangat yang patut ada pada rakyat Malaysia. Sumpah menarik!
Raikan sambutan kemerdekaan korang dengan menonton episod 5, drama bersiri Petronas! Kalau boleh tonton semua, Garapan dramanya cukup luar biasa.
Pastikan korang subcribe dan follow saluran YouTube PETRONAS dan ikuti Facebook serta di Instagram diorang untuk perkembangan terkini.