Semalam, Menteri Kanan, Ismail Sabri Yaakob mengumumkan tempoh Perintah kawalan pergerakan (PKP) yang akan berakhir pada 4 Februari akan dilanjutkan selama dua minggu lagi dengan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat.
Walau bagaimanapun, seorang individu di laman Twitter meluahkan rasa tidak puas hati dan mendakwa pihak Rapid Rail hanya menggunakan hanya 2 gerabak sahaja untuk laluan Kelana Jaya menyebabkan berlakunya kesesakan dalam kereta api terbabit.
Sesak di dalam LRT
Individu tersebut kongsi foto sesak ketika di dalam kereta api (LRT) sehingga tiada penjarakan fizikal. Perkongsian tersebut mendapat pelbagai respon netizen yang rata-ratanya takut dengan situasi itu yang boleh menyebabkan jangkitan Covid-19 makin bertambah. Malah, perkongsian tersebut turut mendapat respon dari pihak Rapid KL sendiri.
Kapasiti penuh dibenarkan untuk kereta api dan bas
Menurut pihak Rapid, kapasiti maksimun bagi pengangkutan awam kereta api dan bas adalah 100%. Untuk mengekalkan penjarakan fizikal penumpang adalah amat sukar memandangkan ianya tidak boleh dihalang. Walau bagaimanapun, pihak Rapid meminta agar individu yang merasakan terlalu padat boleh menunggu untuk kereta api berikutnya.
Di ruangan komen, rata-rata tidak berpuas hati dengan jawapan Rapid memandangkan ianya adalah perkara serius melibatkan kesihatan dan nyawa manusia. Ada yang meminta agar pihak berwajib menyiasat kembali perkara ini untuk kesejahteraan semua.
Respon netizen
Sumber : Imagishary