berita

“Orang Perli & Ejek Tapi Saya Tak Pedulikan”- Lagi Kisah Inspirasi Buat Pasangan Baru Kahwin

October 1st, 2015 | by Noraniza
Kini Trending

Screen Shot 2015-10-01 at 12.01.08 PM

Sejak akhir-akhir ni ramai pula yang berkongsi kisah suka duka mereka di awal perkahwinan kan? Malah, kebanyakan mereka akhirnya berjaya mempunyai kehidupan yang jauh lebih baik dengan memiliki empayar perniagaan sendiri.

So, jom kita baca pula kisah Eleana Kamal bersama suaminya. Diharapkan pasangan-pasangan yang bakal berkahwin tak lama lagi akan menjadikan kisah mereka sebagai sumber inspirasi.

Screen Shot 2015-10-01 at 12.07.18 PM

Masa kami mula2 menikah dulu, dia hanya ada sebuah motor Nouvo LC yang masih ada hutang kedai, menyewa rumah flat dan tiada wang simpanan. Kami menikah dengan hanya modal 4k dan semua kami urus sendiri. Hantaran senaskah al-Quran, sepasang telekung yang sama2 kami beli di Jalan TAR (saya ingat lagi airmata dia menitis sebak masa saya try telekung tu), sebentuk cincin acah2 berlian dan mas kahwin rm222 tunai. Tiada wang hantaran. Bernikah di masjid dengan jemputan 200 orang makan bersila. Semua happy. Mulut saya lenguh seharian senyum dan ketawa kerana terlalu gembira. Alhamdulillah.

Lepas tu kami sama2 kumpul duit. Kami kerja makan gaji 8am-5pm setiap hari. Waktu lunch hour kami COD jual barang orang, naik motor tengah panas rembang sampai kadang2 tak sempat makan. Hujan panas kami redah. Orang perli dan ejek, kami tak pedulikan. Yang penting cari duit. Malam selepas anak2 tidur kami berjaga sampai lewat malam menguruskan bisnes part time design kami. Tidur dan rehat tak pernah cukup. Alhamdulillah.

Screen Shot 2015-10-01 at 12.08.42 PM

Saya masih ingat gelang emas pertama yang dia belikan untuk saya masa dia dapat bonus. Lepas lunch dia parking motor depan kedai emas di Ampang. Dia minta saya pilih satu gelang. Saya pilih yang paling nipis sebab takut mahal. Duit bonus tu banyak lagi nak guna untuk benda lain. Gelang itulah yang saya pakai hari2 dan yang paling saya sayang. Berkat kesabaran kumpul duit, akhirnya kami dapat beli rumah sendiri dan tukar kereta baru yang selesa untuk anak2. Alhamdulillah.

Lelaki ni banyak mengubah saya, luar dan dalam. Saya tak minta wang hantaran masa menikah kerana bagi saya dialah hantaran terhebat dari Allah untuk saya. Ini bukti Allah masih sayangkan saya sebab bagi peluang kedua untuk merasa manisnya bahagia. Alhamdulillah.

Terima kasih Allah kerana mengirim lelaki ini untuk saya. Taktau apa yang saya buat sampai dianugerahi lelaki sebaik ini. Panjangkan umurnya, sihatkan tubuh badannya, ampuni dosanya dan terangi hatinya untuk sentiasa beribadah padaMu ya Allah. Terima kasih Allah untuk rezeki yang kau beri kepada kami hari ini. Alhamdulillah.

Selamat hari jadi sayang, terima kasih untuk kasih sayang dan pengorbanan. Harta di dunia hanya sementara, mari kita kumpul harta untuk di alam seterusnya. Semoga kasih sayang kita sampai ke Jannah. InsyaAllah.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×