Pempengaruh media sosial dan usahawan, Tyra Kamaruzzaman berkongsi pendapatnya berkaitan kebahagiaan dalam perkahwinan.
Artikel Berkaitan: Hampir Sebulan Bergelar Isteri, Tyra Kamaruzzaman Syukur Kahwini Kawan Baik – ‘Seronok Bila Bangun Tidur, Ada Orang Kita Sayang Di Sebelah’
Artikel Berkaitan: [FOTO] Tyra Kamaruzzaman Pakai Busana Pengantin ‘Gunung Ledang’ Hasil Sentuhan Suami, Meja Beradab 7 Dulang Hantaran Hati Nyamuk Jadi Tumpuan!
Respon Tyra
Menerusi hantaran di Instagram Story (IG), Tyra atau nama sebenarnya Athirah Kamaruzzaman menerima soalan daripada netizen tentang ketidakpuasan hati terhadap perhubungan suami isteri yang baru mendirikan rumah tangga.
Awak gembira bergelar pengantin baru tetapi ramai yang kata ‘baru lagi’. Apa pendapat awak?
Usahawan berusia 25 tahun ini kemudian memberi respon dengan berpendapat bahawa, berkemungkinan individu yang kurang senang melihat kebahagiaan orang lain itu tidak gembira di dalam perhubungan mereka.
Justeru, timbul persoalan seperti itu ketika mereka melihat orang lain mengecap bahagia.
Saya terima banyak komen seperti ini.
Mereka sering menimbulkan rasa ‘insecure’ mereka kepada kita untuk rasa lebih baik dengan situasi yang mereka sedang lalui.
Mungkin orang yang cakap begitu, mereka berkahwin dengan seseorang yang hanya menunjukkan kasih sayang dan kebahagiaan yang sementara. Jadi sekarang mereka nampak orang lain lebih bahagia daripada mereka, mereka akan cakap macam tu la.
Susulan itu, Tyra menasihati pengikutnya agar tidak mengendahkan tentang perkara tersebut.
Percayalah, orang yang bahagia tak akan ada masa untuk bercakap tentang kehidupan orang lain sebab mereka sudah bahagia. Selalunya mereka akan turut rasa gembira.
Apa yang orang cakap kepada awak selalunya menggambarkan hidupan mereka sendiri. Jadi jangan dengar.
Sekadar info, Tyra sah bergelar isteri kepada pereka fesyen iaitu Emran Rijal pada 3 Mei lalu selepas enam bulan mengikat tali pertunangan.
Sumber: IG Tyra Kamaruzzaman