Sejak kebelangan ini, gurauan atau budaya prank dalam kalangan pengguna media sosial dilihat semakin berleluasa. Prank biasanya dianggap sekadar untuk hiburan diri sendiri atau orang lain tetapi ada dalam kalangan pengguna media sosial yang melakukan prank ini sehingga memberi kesan buruk dan kerugian terhadap orang lain. Disebabkan itu juga lah budaya ini telah dianggap melangkaui batas dalam budaya masyarakat kita.
Seperti perkongsian seorang pengguna Twitter, Penjahat Gunung telah menceritakan satu kejadian apabila seorang penghantar makanan di Indonesia telah menjadi mangsa prank sehingga individu itu mengalami kerugian hampir Rp525,000 atau bersamaan RM158.
Semua ini prank
Pagi-pagi dapet info ada driver diprank customer, dilihat dari kalimatnya, sepertinya anak kecil.
Nah udah tau kan apa bahaya konten prank di youtube? bisa ditonton dan ditiru anak kecil ? pic.twitter.com/I4RNWKJkpb
— A B A N G • G R A B (@PenjahatGunung) January 22, 2020
Individu ini telah berkongsi beberapa screenshot perbualan penghantar makanan tersebut bersama pelanggan yang dipercayai telah menipu dengan menempah makanan dalam jumlah yang agak banyak yang kononnya hendak dimakan bersama keluarga dalam satu majlis keramaian. Menurut lelaki ini, jika dilihat daripada mesej dan ayat-ayat yang digunakan sepanjang perbualan mereka dia mengesyaki pelanggan berkenaan merupakan seorang kanak-kanak.
Selepas membuat pesanan, pelanggan tersebut kemudian menghubungi penghantar makanan dan memberitahu bahawa dia akan menunggu sehingga makanannya itu sampai. Namun tidak sampai seminit, pelanggan ini tiba-tiba tanpa rasa serba salah telah memberitahu semua tempahan yang dibuatnya itu adalah satu prank. Melihat pada rekod tempahan yang dikongsikan individu, pelanggan tersebut telah menempah 50 udang keju dengan jumlah kerugian hampir mencecah Rp525,000 (RM158).
Tampil mohon maaf
Kasus orderan fiktif di Tulungagung ditutup dengan video klarifikasi dari pelaku yang masih bocil ? pic.twitter.com/n6uOb5y9Da
— A B A N G • G R A B (@PenjahatGunung) January 23, 2020
Berikutan daripada kejadian ini, si pelaku yang juga merupakan kanak-kanak sekolah telah tampil memohon maaf secara terbuka kepada penghantar makanan tersebut atas kesalahan mereka dengan melakukan perkara tidak bertanggujawab itu. Disebabkan perbuatan mereka, penghantar makanan berkenaan menanggung kerugian dan terpaksa membayar kos makanan tersebut.
Perkongsian ini walau bagaimanapun telah mendapat perhatian warganet terutamanya mereka yang berasal dari Indonesia. Dalam kesempatan itu juga, warganet turut memberikan nasihat kepada orang ramai agar tidak terlalu ‘obses’ dengan budaya yang tidak mendatangkan manfaat.
Sumber: Penjahat Gunung